Thursday, November 14, 2013

Nasi Kerabu @Yati Ayam Percik, Bangi

~Assalamualaikum wbt~

seperti yang dijanjikan, satu lagi review JJCM untuk minggu ini
daaaaaan kali ini ejat pergi terjah Restoran Yati Ayam Percik di Bangi
ini salah satu cawangannya, cawangan asal adalah dari Kelantan
ejat pergi restoran ni pada hari ahad lepas sebab tiba-tiba rasa nak makan nasi kerabu
ini gara-gara tengok JJCM kat tv3 la, selalu jadi macam ni tau, kalau masa tengok tu belum makan nasi lagi, confirm lepas tu lapar melampau dan teringin nak makan macam-macam
sedangkan bukannya si Qi tu makan nasi kerabu pun
(haaaaaa ejat bukan mengidam yer, jangan nak buat spekulasi pulak, tapi kalau betul2 pun apa salahnye kan? ngeh..ngeh..ngeh..)

oklah, fikir punya fikir mana nak cari nasi kerabu dekat Putrajaya ni?
bila google, banyak keluar Yati Ayam Percik dan Kak Mah Gate1 tu
tapi yang dekat Gate1 tu dia bukak pagi-pagi untuk breakfast, tengahari dah tutup kedai
jadinya kami decide nak pergi Yati Ayam Percik je lah

kedainya betul-betul bersebelahan dengan Wadihana Islamic Kitchen House, Bangi
restoran yang ejat selalu terjah jugak tu
di bawah ini ejat sertakan alamat dan no. telefonnya sekali

Alamat & No. Tel:

21, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
03-8927 5636

jom usha keadaan dalam kedai dan apa yang ejat sekeluarga makan;)
 
 ~ruang makan yang luas dan selesa~
 
 ~Nasi Kerabu Ayam Percik =RM8.50~
*Ayam percik ni ada 2jenis kuah, 1colour yang macam ejat makan ni dan 1lagi colour putih
so pilih la nak mana satu tapi harga sama je
Ayam tak berapa nak besar sangat tapi kuah perciknya not bad
  
 ~Nasi Kerabu Daging Bakar =RM7.90~ 
Daging lembut dan bahan perapan pada daging tu pun sedap
 
 ~Keropok Lekor =RM3.90~ 
 ~Lemon Ais =RM2.40~
segerrrrr bak kata orang jawa..hik3..
 ~Cendol Biasa =RM3.00~
ejat gedik pilih cendol pastu tak sedap, ok bai!
tak boleh masuk tekak la, last2 ejat rembat air encik enal, haha sorry bang
manala tau tak sedap, kalau tak sedap takdelah ejat order kan?
moral of the story, kalau nak makan cendol pergilah kedai yang memang betul-betul jual cendol macam kat lori-lori kecil tepi jalan tu ek
ok secara keseluruhannya, nasi kerabu, keropok lekor dan lemon ais semua ok
cendol je yang out! haha jujur
bak kata encik enal, "bolehlah, sebab dah lapar" chettt!;)

 tiba-tiba ejat teringat nasi kerabu masa zaman study diploma kat uitm dulu
masa diploma, kampus kat seksyen 17 dan kolej kat seksyen 18
jadi bila time bulan puasa, Bazar Ramadhan Seksyen 18 memang happening
maklumlah kawasan perumahan, kawasan kilang, kawasan kolej
yang student ni memang cari makanan kat luarlah sebab kami tak ada dewan makan

ada 1gerai nasi kerabu ni memang best gila, lauk2 dia banyak pilihan dan sedap pulak tu
rasa-rasanya macam hari2 je ejat beli nasi kerabu dekat makcik tu,hik3
selalunya memang ejat akan ambil ayam percik dengan telur masin
kalau boring makan ayam, tukar daging bakar la jawabnye
ikan kembung goreng tepung tu ejat tak gemar sangat
aisshhhhh, terbayang-bayang lagi rasanya, bila lah dapat makan lagi ni,huhu :'(
 
oklah, berangan bab makanan ni tak berkesudahan jadinya tapi best kan?
ok, happy reading;)

No comments:

Post a Comment