Tuesday, November 12, 2013

Mr Kabab&Biryani, Presint Diplomatik

~Assalamualaikum wbt~

asyik2 review ejat masak jer, boringlah..so hari ini ejat nak review pasal nasi arab, boleh?
ejat makan nasi arab ni Sabtu lepas, tapi ni baru sempat up entry, hihi;)
rasanya ramai yang suka nasi arab kan, betul tak???
ejat sekeluarga biasanya makan nasi arab kat cafe Uniten (D'Arab Cafe)
selain daripada tu, kalau malas nak ke Uniten, Mr Kabab la menjadi pilihan sebabnya dekat dengan rumah

ini alamat dan no tel. nya:

MR. KABAB & BIRYANI 
(Menyediakan Makanan Tradisi Arab dan Pakistani)
No.42,44,46, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya
Tel: 03-8889 3209

kedainya sebaris dengan Restoran Alamanda (mamak) dan Bank Rakyat Putrajaya
kedai ni ada 3lot, 2lot untuk dine-in dan 1lot untuk take away
keadaaan dalam kedai sangat selesa, banyak kerusi meja disediakan dan berhawa dingin
maaf, lupa ambil gambar dalam kedai, sibuk melayan si zakwan..
ok, jom usha apa ejat makan
~Grilled Chicken with Mendy Rice = RM14.00~
*bekas putih : tomato hancur (xtau nama dia,lol)
*bekas bulat : kuah kari
~Lamb Pizza = RM15.00~
~Milo Ais = RM3.00~
~Limau Ais = RM4.00~

Subtotal = RM36.00
Service Charge = RM1.80
Total = RM37.80

 overall, nasi arab dia memang sedap, lembut dan cukup rasa
ayam dia pun sedap dan dimasak sempurna
cuma pizza tu, tekstur doh dia ok, lembut, sos dan bahan2 yang ditabur atas tu pun superb
cuma lamb tu je, ejat ingatkan dia tabur minced lamb tapi sebenarnya potongan2 kecil daging kambing, agak spoiled la rasanya bila makan dengan pizza
kalau makan dengan nasi ok lorrrr
phewww....ok, itu jer review JJCM ejat untuk hari ini, peace!=)
 haaa yang atas ni Not For Sale yer
anak bujang i,hehe..actually baru balik dari Graduation Day Tadika Vonad
zakwan buat persembahan Kelas 4 Comel, jadi pokok sebab tu pakai t-shirt hijau
tanya sama pokok, apa sebab goyang...lalalala~~~
zakwan tak grad lagi, zakwan baru 4 tahun, nak grad tunggu 6 tahun
untung budak2 sekarang, kecik2 dah grad..Alhamdulillah;-)

ok, ada 1 lagi review pasal 1 restoran yang ejat pergi ahad lepas tapi tengah draft
tungguuuuu....ok, daaaaa;) 

No comments:

Post a Comment