Thursday, October 31, 2013

Main Masak-Masak

~Assalamualaikum wbt~

2,3 hari ni cuaca mendung-mendung syahdu jer
ejat pun apa lagi, kejap-kejap jadi mata garfield, adoyai masalah betul
hari-hari snap gambar makanan tapi nak up entry nyer asik tak kesampaian jer, hik3..
ok, tetap nak show off jugak, jangan marah haaaaa
gigih tau masak, pastu snap gambar semua
ok, jom tengok apa ejat masak

~Menu 29.10.13~
Sambal Udang
 Sup Sayur + Bebola

~Menu 30.10.13~
 
Ayam Masak Kicap + Kentang
 Sayur Sawi + Tauhu

 ok, menu hari ni, besok ejat up yer, sekali harung dengan menu besok, senang cerita
hihihi
so, pada kawan2 yang tak ada idea nak masak apa tu bolehlah usha-usha blog ejat
mana tau boleh dapat idea, masakan ejat tak delah hebat mana, semua simple2 jer
janji ada lauk, ada sayur, kalau ada kuah lagi sedap makan
kalau tak ada kuah, kicap pun jadi.. Alhamdulillah..
ok, chow dulu..daaaaaa;)

Monday, October 28, 2013

Menu Sunday + Monday Blues

~Assalamualaikum wbt~

haaiii semua, sorrylah mood blogging on off..hik3
hari ni ejat nak show off menu lunch kitorang semalam, lunch pun dah nak pukul 4.30pm
hadoiii fengsan suamiku..haha tak adalah dia ok jer
biasalah hujung minggu, breakfast pun dah waktu lunch, so waktu lunch dah terlajak ke waktu dinner, haa camno tu?
masa breakfast ejat dah buat bihun goreng, itupun makan pukul 12.00 tengahari sambil tengok Jalan-jalan Cari Makan, bila dah pukul 3 lebih perut pun dah start bunyi-bunyi
apa lagi? bersilat lah kat dapur
daaannnnn inilah hasilnya..malas nak snap satu-satu sebab perut dah laparrrr
 ~Sup daging + kentang
~Sambal kicap
~Cendawan goreng tepung
~Salad + thousand island

yang kat bawah ni pulak menu tengahari tadi
encik enal cakap nak balik makan, ejat pun laju-laju masak, main campak-campak jer
dan tadaaaaa!!!
~Ikan jacket masak masam manis 
 
~Sawi + cendawan masak sos tiram

ok, cukup untuk hari ini...daaaaaa ;-)

Thursday, October 17, 2013

Makan Folic Acid Appeton

~Assalamualaikum wbt~

ok, meh sini dekat2 sikit, ejat nak habaq mai satu lagi usaha ejat untuk TTC ni
antara usaha yang ejat lakukan adalah makan FOLIC ACID BRAND APPETON
ejat beli kat guardian ke watson ek?lupa la, huhu..
kalau tak tahu yang mana satu, ini ha gambarnya
ejat beli sekotak terus, ada 3 papan, kira 90 biji la dalam tu
memang berchenta nak abiskan, sekarang ni pun ada lagi tapi tinggal 6 biji je kot
maklumlah kadang2 lupa, kadang2 ingat, sekejap makan, sekejap tidak
huhuhuhu ampuunnn buukkk...

bila google memang ada testimonial yang berjaya mengandung setelah makan folic acid jenama appeton ni..Wallahua'lam, rezeki masing2 kan?
 kadang2 semua ubat2 atau benda2 yang kita makan ni nak jadi penyebab je
tapi sebenarnya semua datang dari Allah
makanlah apa pun berbakul2 tapi kalau Allah tak perkenankan, tak jadi jugak
tapi yang penting kita kena berusaha selagi terdaya dan termampu
so, kepada kawan2 yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tu bolehla cuba makan folic acid appeton ni. Mana tahu serasi dengan korang dan selepas ni ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Syukur Alhamdulillah..
Yang penting usaha, usaha dan terus usaha yer kawan2.
Caiyok untuk semua geng TTC ;-)

Wednesday, October 9, 2013

Hari Rabu Tanpa Kata

~Assalamualaikum wbt~

hayatilah dan renungkanlah kata-kata ini
semoga ianya dapat menjadikan kita seorang hamba yang bersyukur dengan segala nikmat yang telah diperolehi selama ini
bersangka baik dengan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang
 renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Tuesday, October 8, 2013

Kebaikan GLA Complex Shaklee

~Assalamualaikum wbt~

nak tahu apa yang best tentang GLA Complex ni?
ejat bukan Shaklee Independent Distributor tau
tapi ejat up entry ni sebab ejat nak share pengalaman dengan kawan2 di luar sana
ejat tak dapat apa-apa komisyen pun, just for sharing..hi..hi..hi..
ok, kat bawah ni antara khasiat GLA Complex, boleh usha2 yer
ejat start makan GLA ni awal bulan6
kenapa tiba2 ejat pilih GLA ni?
hmmmm, panjang ceritanya, nanti ejat up kat entri lain yer, promise!
ok, ejat makan GLA ni start dari 1st day period sampailah waktu subur
lepas waktu subur tak digalakkan makan sebabnya takut kot2 dah lekat
1botol mengandungi 60biji
so ejat makan dalam 15hari setiap bulan, tahanlah selama 4bulan
sekarang memang dah abis stok tapi takper seller shaklee ni belakang rumah ejat jer
boleh order pastu baling ikut tingkap
hahaha xdelah..kurang sopan kot main baling2;)

berdasarkan pengalaman ejat makan GLA ni selama 4bulan,
kesan yang paling ketara adalah sakit sebelum period tu (PMS)
kalau kat gambar atas tu yang melegakan PMS (sindrom pra-haid)
ejat rasa semua perempuan2 kat luar sana tau kan apa tanda2 sebelum period?
ada yang sakit cik B, ada yang sakit pinggang, sakit perut, tumbuh jerawat dll
macam ejat, sejak azali tanda2 sebelum period adalah sakit cik B
tapi lepas makan GLA ni Alhamdulillah tak sakit langsung, sikit2 pun tak ada
betulll, ejat tak tipu...
mula2 macam pelik la, bila tak sakit tu bajet2 pregnant tapi sampai masa cik P pun datang gedik2 dengan jayanya
keciwaaaaa lagi..sob..sob..sob..

so itu jela pengalaman ejat bila makan GLA ni
ingat lepas period ni nak order lagi GLA + combination untuk kesuburan
Alfalfa ke ESP ek yang elok?
Any suggestion?

tahun ni memang ejat usaha lebih untuk pregnant
seingat ejat dari awal tahun lagi ejat dah cuba macam2, nanti ejat share yer
tapi yerla belum sampai rezeki lagi
terus dan terus berusaha dan berdoa tanpa jemu
semoga Allah makbulkan doa kami untuk menambah zuriat lagi
Amin Ya Rabbal A'lamin....

Thursday, October 3, 2013

Pengalaman Makan Clomid

~Assalamualaikum wbt~

clomid..clomid..clomid..apa benda tu?
hmmm, untuk geng TTC mesti dah biasa dengar
yang tak biasa dengar boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut yer ;)
oklah, tahun ini ejat memang usaha lebih untuk tambah zuriat 
maklumlah zakwan pun dah masuk umur 4 tahun bulan Mei yang lepas
kalau ada adik zakwan, dah 2 tahun dah dia sekarang..........
tapi Allah lebih sayangkan dia..........
ibu doakan semoga anak ibu tenang di sana..........
Amin Ya Rabbal A'lamin...........
fuhhhhhh, dah2 tak mau sedih2 yer ejat, sila usaha lebih sikit, tahun depan ko dah 31
gullpppppp, owhhhh no!!!
ok, sambung cerita clomid
ejat start makan clomid ni bulan 8 dan continue lagi untuk bulan 9 sebab belum menampakkan apa-apa hasil
ejat dapat ubat ni dari Hospital Putrajaya masa bulan 8 hari tu
sebabnya sebelum tu ejat ada buat check up sikit, lepas scan, docktor kata tak ada apa-apa masalah, so dia cuma bagi clomid (50mg) untuk 3 cycle
lepas 3 cycle tak pregnant jugak, datang semula hospital untuk follow up
hmmmmm, so still waiting, waiting and waiting..........

selama 2 cycle makan clomid ni, ejat perasan lah beberapa perubahan dalam diri ejat
pertama sekali, ejat jadi sangat lapar hokay!
betul, tak tipu. lepas makan, rasa nak makan dan makan lagi
perut rasa lapar memanjang dan tak kenyang2, haaaaa sangat bahaya!
lepas dah makan banyak, apa lagi? badan pun rasa beratlah dan makin berisi
tapi serius, memang akan rasa lapar yang berpanjangan
ada jugak google2 dan ada komen yang mengatakan makan clomid jadi gemuk
gullpppppp!
tapi yerla, itu pengalaman orang dan ejat rasa ubat-ubatan ni bertindak balas mengikut ketahanan badan masing-masing. wallahua'lam
(nak sedapkan hati benarnya, uwaaaaa dah gumuks!)

lagi satu perubahan yang ejat rasa adalah perubahan emosi
tersangat-sangatlah emo, kejap rasa nak marah, kejap rasa nak menangis, kejap rasa nak merajuk, mengamuk, nak makan orang, haaaaaaa scary tak???
hahhahahaahaha!
sikit-sikit rasa sensitif sangat, small matter pun nak ambil port
contohnya?hmmm, tak boleh la cerita kat sini, cerita rumahtangga kan
tapi memang, perubahan emosi yang sangat2 melampau!
grrrrrrr.....grrrrrr.....grrrrrr......

so, itu jelah perubahan ketara yang ejat nampak dan rasa
lain orang, lain kesannya, ye tak?
doakan ejat yer kawan2
ejat tahu Allah dah dengar doa ejat, Allah dah proses doa ejat, tinggal Allah nak makbulkan je doa ejat tu
tapiiiiiiiiiiii, tak tahu bila. cepat atau lambat kenalah tunggu dan bersabar
hanya Dia yang mengetahui perancangan yang terbaik untuk hamba-hambanya
Allahuakbar, Ya Allah........

Wednesday, October 2, 2013

Wordless Wednesday

~Assalamualaikum wbt~
 
Hari Rabu Tanpa Kata
Pre Aidiladha, yummeh!
Ok bye! ;-)