Thursday, September 12, 2013

Al-Fatihah

~Assalamualaikum wbt~

hai semua, lamanya ejat tak bersiaran, ngeeeeee...mood ke laut, ke langit semua ada
sorry, mintak ampun, mintak maaf, hik3...
bila bukak jer blog, blog tengok ejat, ejat tengok blog, blurrrrrr, tak tahu nak tulis apa
phewwwww!!!
so hari ini ejat terpanggil untuk menulis sesuatu sebab rasa sedih dan tersentuh sangat membaca berita yang melibatkan kematian kanak-kanak
yang pastinya akan meruntun hati sesiapa sahaja lebih2 lagi hati seorang ibu

yer, ejat tahu semua itu takdir Allah, qada' dan qadar yang memang sudah tertulis
tetapi pasti ada secebis penyesalan jauh di lubuk hati ibu bapa kanak-kanak tersebut
wallahua'lam......
dan hanya insan2 terpilih sahaja yang diberi dugaan hebat yang sebegini
semoga segala yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada kita semua
 Kau tempatkanlah anak-anak kecil yang tidak berdosa ini di syurgamu Ya Allah...
Amin Yarabbal A'lamin......

KES 1:
MAIN-MAIN BAWA MAUT

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

Foto
MOHD Ali hanya mampu terpaku anaknya maut akibat kecuaian.
Foto
 KESAN percikan darah jelas kelihatan pada dinding rumah.

Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

KES 2: 
ANAK 2 TAHUN MAUT JATUH KOLAM TERBIAR

Bentong: Luluh hati seorang ibu apabila anak tunggalnya yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 20 September ini ditemui lemas di dalam sebuah kolam terbiar di FELDA Lurah Bilut, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Ahmad Yaakob Zaili berusia dua tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Difahamkan, sebelum kejadian kanak-kanak terbabit dikatakan bermain seorang diri di depan rumah manakala ibunya di dapur dan bapanya bekerja di sebuah kilang air batu.

Selepas siap melakukan kerja rumah, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, tetapi tiada sahutan menyebabkan dia bersama suaminya yang kebetulan pulang dari kerja bergegas mencari mangsa.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Razak, 50, berkata ketika kejadian, dia berada di depan rumahnya sebelum terpandang satu objek mencurigakan di dalam kolam.

“Saya memberanikan diri menghampiri objek berkenaan dan terkejut apabila mendapati ia jenazah anak jiran sebelum menghubungi Balai Polis Lurah Bilut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 
Kes 1:
"ahli keluarga tidak menyedari anak kecil berusia 4tahun itu mengambil kunci kereta"

Moral of The Case:
Ibu2 bapak2 sila letak kunci di tempat yang tinggi/ tersorok yer agar anak-anak kecil tidak dapat mengambilnya atau mencapainya sesuka hati.
bukan kunci kereta jer, semua jenis kunci yer. kalau dia dapat kunci rumah pun bahaya jugak. dia keluar rumah berjalan merayau entah ke mana, haaa sudah 1hal nak mencari
(rumah i dah lah takde pagar, konon2 bajet macam rumah omputih la ek, hik3)

Kes 2:
"Difahamkan, sebelum kejadian kanak-kanak terbabit dikatakan bermain seorang diri di depan rumah manakala ibunya di dapur dan bapanya bekerja di sebuah kilang air batu."

Moral of The Case:
walau sesibuk mana pun kita, jangan sampai tak hiraukan kewujudan anak-anak
sentiasa alert di mana mereka berada, apa mereka buat, apa mereka makan
even di dalam rumah sekalipun
macam ejat, sesaat tak nampak kelibat zakwan, ejat akan menjerit panggil dia
kadang-kadang dia senyap2 je masuk toilet
kejap nak buang air kecikla, kejap nak buang air besarla
itu kalau kat dalam rumah, ok lagi, pusing2 pun tak ke mana
kalau pergi berjalan kat luar lagilah kena sentiasa alert
shopping complex ker, tempat ramai2 orang ker
anak-anak kecil zaman sekarang sangat pantas dan berani
so, kita sebagai ibu bapa kena lebih pantas dan berani daripada diorang
ingat tu kawan2!

ok, berbalik kepada kedua-dua kes di atas
kesimpulannya, kita kena ambil pengajaran daripadanya
nak salahkan sesiapa pun dah tak ada guna
so, for me
don't take for granted and always be alert with your kids

takziah diucapkan kepada keluarga kedua-dua mangsa 
semoga tabah dan sabar menerima dugaan Allah ini
InsyaAllah ada hikmah atas apa yang terjadi
ingat, Allah ambil sesuatu dari kita sebab Dia nak gantikan sesuatu yang lebih baik daripada yang sebelumnya itu
didoakan juga semoga roh anak-anak kecil ini tenang dan damai di sana
serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
amin dan AL-FATIHAH...........

2 comments:

  1. al-fatihah..sesungguhnya dari Dia kite datang,padaNya juga kita kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..Al-fatihah untuk anak2 kecil ini..

      Delete