Tuesday, September 17, 2013

Resepi Sambal Tahun Jawa

~Assalamualaikum wbt~ 

siapa kat sini pernah makan sambal tahun? angkat tangan cepat ;-)
ada yang panggil sambal tahun, sambal taun, sambal taon
ikutla slang masing-masing yer, hik3

sambal tahun merupakan makanan tradisi orang jawa
masakan ini memang sangat pedas hasil daripada cili padi/cili burung yang digunakan
jika sekali imbas, seakan-akan masak lemak cili api tapi kuah sambal tahun agak cair
 kebiasaannya, lauk yang digunakan adalah seperti kerang, kulit lembu, perut lembu, pedal ayam, hati ayam, paru lembu ataupun ikan bilis
saya bagi amaran awal-awal, makanan ini memang sangat pedas yer
siapa-siapa yang tak tahan pedas memang rugila tak dapat rasa, hik3 

nak tahu kenapa masakan ni namanya sambal tahun?
ok, mengikut sejarah orang dulu-dulu, masakan ini boleh bertahan agak lama
diibaratkan macam bertahun2, ibarat sahaja yer
kalau makanan yang dah bertahun, mau kena keracunan makanan lak nanti, hi3
maklumlah, orang dulu-dulu mana ada makanan  sangat
jadi, kalau tak abis, besok akan dipanaskan semula dan ditambah apa-apa yang kurang
masakan ini, semakin dipanaskan akan menjadi semakin sebati dan sedap
kombinasi di antara santan dan lengkuas tu memang terbaik

ada jugak mitos yang ejat baca dari pakcik google
mengatakan sambal tahun ini hanya dimasak setahun sekali sahaja sewaktu hari raya
sebab tu nama dia sambal tahun
wallahu'alam......

ok, kat bawah ni gambar sambal tahun dapat dari kenduri kat kampung
kat kampung ejat, sambal tahun ni biasa disediakan sewaktu kenduri dan musim perayaan
tapi balik kampung semalam ejat makan sikit je sebab lauk banyak, dah kenyang
pastu tengok balik gambar ni tiba-tiba terliuq pulak..hadoiiiiiii...
 jom usha resepi sambal tahun
ini bukan resepi chef ejat yer, resepi dari internet
 credit to: myresepi.com
  
Bahan-bahan (untuk 5 orang makan)
  • Bahan A:
  • 500g kulit lembu yang telah direbus dan dipotong nipis
  • 1/2 cawan cili padi kampung
  • 2 cawan lengkuas muda dihiris nipis
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • garam dan serbuk perasa
  • Bahan B (kisar)
  • 1/2 cawan udang kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Bahan C
  • santan pekat dari 1 biji kelapa

Cara-cara


  1. Rebus bahan-bahan A dan B sehingga lengkuas lembut.
  2. Masukkan santan kelapa, kecilkan api, kacau selalu sehigga mendidih.
  3. Rasa asam garamnya, bolehlah dihidangkan
ok, selamat mencuba! ;-)

Friday, September 13, 2013

Menu Favourite Encik Enal

~Assalamualaikum wbt~

hari ini ejat ala2 rajin sikit yer, sikit jerla tak banyak
raijn sebab apa? rajin sebab masak pastu snap gambar, muahahaha!
bukan apa, dah lama tak snap gambar makanan yang dimasak sendiri
bukan ejat tak masak tau..hari2 ejat masak tapi malas giler nak snap gambar
so, hari ini terlebih rajin, show off la apa ejat masak

takdelah masak hebat2 pun, biasa2 jer, janji kenyang & encik enal suka
dari hari tu duk sebut nak daging goreng kunyit, daging goreng kunyit
haaa, hari ini ejat buatlah special untuk dia, special la sangat, haha
lauk2 kat bawah ni makan dengan nasi panas2, bubuh kicap, mmg mabellesss!

ok, jom usha apa ejat masak hari ini=)
 ~Daging Goreng Kunyit + Bunga Kobis + Carrot~
~Ikan Goreng Meletopsss Encik Enal~
nak tahu kenapa ejat bagi nama ikan tu macam tu???hik3
sebabnya dia sukaaaalah sangat ikan ni, kalau ejat suruh dia beli ikan, mesti ikan ni yang dia ambil, ejat pun tak tahulah kenapa
 ikan selar kalau tak silap, ikan ni kecik2 pastu kalau goreng Ya Allah..
meletup2, kadang tu sampai melompat2 ejat kat dapur sebab nak elak minyak
hahahhaha extreme kan main masak2 ni?
tapi yg ejat perasan, bila dia meletup tu menandakan ikan tu dah masak, haaaa gitu
ikan lain tak pulak, ikan ni jer, hmmm konpius2
~Salad + Tauhu Goreng + Sambal Pecal~
bahan2 pecal tak ada, tauhu pun jadilah
  eh3, sempat menyelit yer..hihi..
ni menu semalam, semalam tak makan nasi konon2nya, bajet diet la, hmmmm haram
hari ini cari nasi jugak, baru kenyang, Alhamdulillah
ini wedges dan salad jer pastu letak mayonis & cheezy mayo
settle!

ok, la chow dulu, daaaaaa......

Thursday, September 12, 2013

Al-Fatihah

~Assalamualaikum wbt~

hai semua, lamanya ejat tak bersiaran, ngeeeeee...mood ke laut, ke langit semua ada
sorry, mintak ampun, mintak maaf, hik3...
bila bukak jer blog, blog tengok ejat, ejat tengok blog, blurrrrrr, tak tahu nak tulis apa
phewwwww!!!
so hari ini ejat terpanggil untuk menulis sesuatu sebab rasa sedih dan tersentuh sangat membaca berita yang melibatkan kematian kanak-kanak
yang pastinya akan meruntun hati sesiapa sahaja lebih2 lagi hati seorang ibu

yer, ejat tahu semua itu takdir Allah, qada' dan qadar yang memang sudah tertulis
tetapi pasti ada secebis penyesalan jauh di lubuk hati ibu bapa kanak-kanak tersebut
wallahua'lam......
dan hanya insan2 terpilih sahaja yang diberi dugaan hebat yang sebegini
semoga segala yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada kita semua
 Kau tempatkanlah anak-anak kecil yang tidak berdosa ini di syurgamu Ya Allah...
Amin Yarabbal A'lamin......

KES 1:
MAIN-MAIN BAWA MAUT

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

Foto
MOHD Ali hanya mampu terpaku anaknya maut akibat kecuaian.
Foto
 KESAN percikan darah jelas kelihatan pada dinding rumah.

Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

KES 2: 
ANAK 2 TAHUN MAUT JATUH KOLAM TERBIAR

Bentong: Luluh hati seorang ibu apabila anak tunggalnya yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 20 September ini ditemui lemas di dalam sebuah kolam terbiar di FELDA Lurah Bilut, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Ahmad Yaakob Zaili berusia dua tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Difahamkan, sebelum kejadian kanak-kanak terbabit dikatakan bermain seorang diri di depan rumah manakala ibunya di dapur dan bapanya bekerja di sebuah kilang air batu.

Selepas siap melakukan kerja rumah, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, tetapi tiada sahutan menyebabkan dia bersama suaminya yang kebetulan pulang dari kerja bergegas mencari mangsa.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Razak, 50, berkata ketika kejadian, dia berada di depan rumahnya sebelum terpandang satu objek mencurigakan di dalam kolam.

“Saya memberanikan diri menghampiri objek berkenaan dan terkejut apabila mendapati ia jenazah anak jiran sebelum menghubungi Balai Polis Lurah Bilut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 
Kes 1:
"ahli keluarga tidak menyedari anak kecil berusia 4tahun itu mengambil kunci kereta"

Moral of The Case:
Ibu2 bapak2 sila letak kunci di tempat yang tinggi/ tersorok yer agar anak-anak kecil tidak dapat mengambilnya atau mencapainya sesuka hati.
bukan kunci kereta jer, semua jenis kunci yer. kalau dia dapat kunci rumah pun bahaya jugak. dia keluar rumah berjalan merayau entah ke mana, haaa sudah 1hal nak mencari
(rumah i dah lah takde pagar, konon2 bajet macam rumah omputih la ek, hik3)

Kes 2:
"Difahamkan, sebelum kejadian kanak-kanak terbabit dikatakan bermain seorang diri di depan rumah manakala ibunya di dapur dan bapanya bekerja di sebuah kilang air batu."

Moral of The Case:
walau sesibuk mana pun kita, jangan sampai tak hiraukan kewujudan anak-anak
sentiasa alert di mana mereka berada, apa mereka buat, apa mereka makan
even di dalam rumah sekalipun
macam ejat, sesaat tak nampak kelibat zakwan, ejat akan menjerit panggil dia
kadang-kadang dia senyap2 je masuk toilet
kejap nak buang air kecikla, kejap nak buang air besarla
itu kalau kat dalam rumah, ok lagi, pusing2 pun tak ke mana
kalau pergi berjalan kat luar lagilah kena sentiasa alert
shopping complex ker, tempat ramai2 orang ker
anak-anak kecil zaman sekarang sangat pantas dan berani
so, kita sebagai ibu bapa kena lebih pantas dan berani daripada diorang
ingat tu kawan2!

ok, berbalik kepada kedua-dua kes di atas
kesimpulannya, kita kena ambil pengajaran daripadanya
nak salahkan sesiapa pun dah tak ada guna
so, for me
don't take for granted and always be alert with your kids

takziah diucapkan kepada keluarga kedua-dua mangsa 
semoga tabah dan sabar menerima dugaan Allah ini
InsyaAllah ada hikmah atas apa yang terjadi
ingat, Allah ambil sesuatu dari kita sebab Dia nak gantikan sesuatu yang lebih baik daripada yang sebelumnya itu
didoakan juga semoga roh anak-anak kecil ini tenang dan damai di sana
serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
amin dan AL-FATIHAH...........

Monday, September 2, 2013

Tangisan Dalam Kerinduan

~Assalamualaikum & selamat malam~
Aku garapkan nukilan ini khas buat anakanda ibu yg telah pergi pada 05.01.2011
Ibu tak tahu kenapa malam ini ibu rindu sangat2 dgn anak ibu
Ibu tak pernah rasa perasaan yang semacam ini
Satu perasaan kerinduan yang betul2 menusuk ke jantung ibu
Tatkala ibu mencoret nukilan ini
Masih tak henti-henti airmata ibu mengalir
Sihat kah anak ibu di sana?
Anak ibu rindu ibu ya?
Hampir 3tahun anak ibu tinggalkan ibu
Kalau anak ibu ada sekarang.....
Itu kalau.....
Seketika tadi, ibu bisikkan kata-kata nasihat, kata-kata semangat pada abang zakwan yang telah tidur
ibu usap, ibu belai2 rambutnya
usai ibu menghembus kata2 itu di ubun2 abang zakwan
Ibu terasa satu hembusan perasaan yang membuatkan ibu tersentap
Tiba-tiba ibu terkenangkan anak ibu yang ibu tak sempat lihat wajahnya
Apatah lagi bentuknya
Anak ibu keluar bersama ketulan2 darah yang sangat banyak
Ibu masih ingat saat anak ibu tinggalkan ibu
Ibu tak akan lupa hingga akhir nafas ibu
3bulan sayang, hanya 3bulan anak ibu sempat bermanja dengan ibu
Jangan risau, ibu halalkan segala-galanya sayang
Alhamdulillah, anak ibu anak yang baik
Tidak sekali-kali susahkan ibu sewaktu sayang dalam perut ibu
Tapi, hayat anak ibu sudah tertulis setakat itu sahaja
Ibu redha, ibu terima dengan tabah tatkala melihat di skrin pengimbas
Denyutan jantung anak ibu telah tiada
Kantung anak ibu pun sudah tidak bergerak dengan sendirinya
Nafas, nadi, jantung ibu seolah2 terhenti seketika menatap skrin itu
Ibu sebak menerima kenyataan bahawa anak ibu telah tiada
Malam ini, ya malam ini
Rasa sebak itu datang kembali sama seperti sebak pada malam kehilangan mu sayang
Ibu tak tahu perasaan apakah ini
Mungkin anak ibu benar-benar merindui ibu ya sayang?
Pesanan apakah yang Allah ingin sampaikan padaku ini?
Kau peliharalah, Kau lindungilah anakku di sana Ya Allah
Anak ibu sayang, percayalah....
Sayang tetap berada di dalam hati ibu, abah, abang zakwan selama-lamanya
Ya selama-lamanya
Tunggu ibu di pintu syurga ya sayang......