Thursday, August 22, 2013

Resepi Daging Masak Kicap

~Assalamualaikum wbt~

Hari ini ejat nak tunjukkan resepi daging masak kicap
simple je resipi ni, pejam mata pun boleh buat?
hmmmm, boleh ker?hehe
oklah, resepi simple pun kalau tak cuba buat, tak tau jugak kan
ini dia ghope daging masak kicap chef ejat, hik3
~1 biji bawang besar
~4 ulas bawang merah
~2 ulas bawang putih
~1 inci halia
~1 batang kulit kayu manis
~1 biji bunga lawang

 ~kicap pekat, kicap cair, serbuk lada hitam
(sukatan bahan-bahan ini mengikut banyak mana daging yang digunakan)
 ~daging lembu

Cara-caranya adalah:
1- tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau
2- masukkan daging 
 3- bila daging separuh masak, masukkan kicap pekat
4- masukkan kicap cair
 5- masukkan serbuk lada hitam
 6- akhir sekali masukkan bawang besar
7- tunggu sehingga daging betul2 lembut, bawang dah layu dan semua rasa dah meresap dalam daging, bolehlah tutup api dapur, siap!

hmmmm, senang kan?
selamat mencuba ;-)

ok, daaaa....

No comments:

Post a Comment