Monday, August 19, 2013

Raya Oh Raya

~Assalamualaikum wbt~

Tak terlewat rasanya ejat sekeluarga nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI
0-0 YER....
MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN DIRI SAMADA YANG DISENGAJAKAN/ TIDAK DISENGAJAKAN
JEMPUTLAH DATANG BERAYA KE RUMAH EJAT DI PRESINT 15, PUTRAJAYA
*tapi sebelum datang roger2 dulu, kang datang2 makan kuih raya jer;-)

mintak maaf lah yer blog kesayanganku ini, bersawang sekejap
budak sekolah start cuti sekolah, ejat pun start cuti berblog
sampailah ke hari ni baru on balik update entri
bukan apa, balik kampung awal, cuti raya pun lama
*eh, ejat ko ada cuti raya ker????
hik3, encik enal la yang cuti lama, i follow jer
so bila dah kat kampung, memang tak ada la blog2 semua ni
fb pun just upload gambar raya tukar profile picture je
lain2, haruslah spend time together2 dengan family tersayang

macam iklan raya Maxis, off dan sorok wifi, supaya dapat bersama-sama menjalin kemesraan dan silaturrahim dengan sanak saudara di hari raya
memang bagus mesej yang nak disampaikan
yerla, budak2 sekarang sibuk dengan gajet
alasan mak bapak nak bagi diorang diam, tak terkinja2 di rumah orang
tapi, kesan di sebalik habit tu, akan jadi anti sosial
nanti saudara mara duduk sebelah pun tak kenal
uishhh..no..no..no..
boleh beri anak pendedahan kepada gajet2 terkini tetapi kena ada kawalan daripada ibubapa supaya mereka tidak lalai dengan teknologi semasa

ok2, nak mintak maaf raya, pergi melalut ke gajet pulak
bukan apa, sekadar ingatan sesama kita
ok, ni pic dariku dan anakku zakwan
 
gambar encik enal? 
nan hado sebabnya tak ada siapa nak ambilkan gambar kami, huhuhu
tahun ni turn aku beraya di kampung encik enal -->changkat petai, tapah road
alkisahnya 2hari sebelum raya, adik kepada encik enal kemalangan
patah kaki kiri, langgar belakang lori
jadinya, adik beradik yang lain bergilir-gilir menjaga adik ipar ejat ni
di Hospital Sungai Buluh, so kami jela yang balik ke kampung
beraya dengan bapa mertua, ejat dah tak ada mak mertua tau
mak encik enal meninggal masa kami study diploma di uitm
so ejat memang tak pernah jumpa dengan arwah, pernah tengok gambar dalam IC jer, Al-Fatihah untuk mak mertua ku, semoga tenang dan damai di sana.....
*gambar kartun jerla yer (encik enal, ejat & zakwan)
hihihihihi

ok, daaaaaaa....

No comments:

Post a Comment