Tuesday, August 20, 2013

Jualan Barang Kitar Semula

~Assalamualaikum wbt~

Haaa see, bila mood berblog dah datang, hari2 excited nak update blog
kalau ada orang baca, alhamdulillah and tq sooo much!;-)
kalau tak ada orang baca pun, alhamdulillah jugak
sekurang-kurangnya boleh simpan entri ini untuk tatapan diri sendiri,hi..hi..hi..

ok, hari ini nak cerita pasal jual barang recycle@kitar semula
ejat jual ni sebelum balik raya tau, sekarang baru nak cerita, sorryyy=)
kalau semua nak tahu, inilah hobi ejat aka pendapatan sampingan, ngeh3
bak kata mak ejat, siapa nak bagi free2 5ringgit, 10ringgit
ejat punya habit memanglah kumpul barang recycle sejak kahwin
encik enal pun dah faham dan layankan jela wife dia sorang ni
bila time nak jual memang dialah yang akan menjadi mangsa nyer
hik3 sorry bang!
tapi kadang-kadang datang time malas nak simpan, ejat buang jer
dia boleh pulak tanya, "eh, dah buang tu, tak nak jual ker?"
hahaha, makcik tgh malas hokay
kadang-kadang macam tin sardin ker, kenalah basuh dulu sebelum simpan
kalau tak basuh, kang berkulat busuk pulak sementara nak tunggu jual kan
jadi, inilah hasilnya setelah berbulan2 mengumpul
 
botol plastik, tin, kertas, kotak keras 

 
penuh hokay kereta 'mr bean' makcik ni, mula-mula macam tak muat
yerla takut gak kang tiba-tiba kena tahan dengan pak polisi
seludup mercun ke hape nak2 raya ni tapi nasib baik muat
 
 bonet lak penuh dengan suratkhabar dan kotak
nak tahu kat mana ejat jual barang recycle kat Putrajaya ni?
tadaaaaaa, kat sini lah
 
Pusat Kitar Semula Komuniti, Presint 9 Putrajaya
nampak tak lambang apa sebelah kanan tu?
owwhhh PPj..banyak kenangan di situ..upsssss..hihi..
tempat ni dekat2 dengan flat hijau
tepi pusat kitar semula ni ada tasik
alamak, korang faham tak?ejat kalau bagi direction memang fail
hahaha tak apa, kalau tak tahu boleh roger2 ejat k
berpeluh2 ejat mengangkat sorang2 semua barang recycle tu tau
hari tu ada orang tunggu depan pintu tolong angkatkan, kali ni tak ada pulak
ada pakcik kat dalam tu (macam gambar kat atas) 
tapi dia angkat dari tempat penimbang jer pastu letak kat bilik belakang
phewwwww....
dannnn inilah hasilnya
ejat dapat RM13.00
suka3 aka duit raya,kikiki...
 
 paling berat adalah suratkhabar, 25kg
penyumbang utama adalah encik enal, mana dia dapat???
rahsiaaaa, hik3..

alhamdulillah, rezeki namanya tu
rezeki dari Allah ni datang dari pelbagai sudut dan cara
yang penting rajin berusaha dan berdoa
jangan goyang kaki jer tunggu duit turun mencurah2 dari langit
ada faham?
haaa, kan ejat dah membebel, larikkkkk! haha..

ok, daaaa....

No comments:

Post a Comment