Thursday, August 1, 2013

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya 2013

~Assalamualaikum wbt~

Haaaaa, bagi siapa-siapa yang suka shopping last minit
atau belum berkesempatan untuk shopping raya
ejat cadangkan anda datang ke Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3
sebab apa? sebab ada "PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA"
bersempena dengan Festival Ramadhan Putrajaya 2013
anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
program ini berlangsung bermula dari 26 Ogos sehingga 4 Ogos 2013 (10 hari)
ianya disertai oleh 48 buah syarikat dengan menempatkan 200 gerai jualan
waktu operasi Isnin - Jumaat adalah pada jam 12 tengahari - 12 tengah malam
manakala Sabtu & Ahad pula pada jam 10 pagi - 12 tengah malam
kat bawah ni gambar model cilik tunjukkan tempat & operation hours yer..hik3..

pada malam selasa yang lepas, ejat berkesempatanlah pergi ke sini
konon-konon nak tengok ajer
hmmmm.....tapi takkan adanya istilah konon-konon kalau dah sampai tempat macam ini
mesti terbeli sesuatu punya, takpe raya setahun sekali kan?.kikiki..

masuk-masuk je kat pintu utama ada jualan sofa, katil dan lampu-lampu
di ruang legar dewan seri melati juga ada jualan baju kurung, kasut dan karpet
produk-produk berbentuk makanan seperti coklat, biskut, kuih raya, kerepek, kek lapis sarawak, produk maggi, produk adabi terdapat di dalam dewan seri melati (tingkat bawah)
belum puas lagi cuci mata?haaaaaa jom naik ke tingkat atas pulak (dewan seri siantan)
dipenuhi dengan barangan berjenama seperi Polo, Cheetah, Larrie, Disney, Poney dll
untuk pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak & kasut

memang banyak pilihan, produk-produk berjenama, ruang yang selesa, berhawa dingin,
tidak bersesak-sesak dan terdapat kawalan keselamatan RELA di pintu masuk dan keluar dewan
kebanyakan barang mempunyai diskaun, kira harga runtuhlah senang cerita
sebabnya kan? ternampaklah 1 seluar jeans zakwan yang beli kt sogo hari tu
sama jenama dan design tapi lagi murah kat sini..sob..sob..sob..nanges jap..uwaaaaaa!!!
takpelah rezeki sogo, anggap sedekah jela yang lebih-lebih tu
boleh? haha bolehkan ajer
jom layan beberapa keping gambar ;-)


ok, selamat shopping raya
rancang perbelanjaan anda dengan sempurna, jangan berlebih-lebihan
bersederhana kan lebih baik
jangan nanti lepas raya, korek tabung duit raya anak2 pulak yer
hik3, sekadar ingat mengingati, apa salahnya kan?=)

ok, daaaaa......

No comments:

Post a Comment