Friday, August 23, 2013

Petua Mendapatkan Zuriat

~Assalamualaikum wbt~

Hari ini ejat nak kongsikan tips/petua bagi mendapatkan zuriat
tips ini ejat perolehi daripada perkongsian seorang sahabat di facebook
dan dia juga berkongsi daripada facebook Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat 

zuriat adalah anugerah terindah daripada Allah swt
zuriat juga adalah penyeri di dalam rumahtangga
zuriat juga penawar duka dan penyejuk jiwa
zuriat adalah harta yang sangat bernilai yang tiada galang gantinya

syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka2 yang telah dikurniakan zuriat
kepada yang belum mempunyai zuriat?
hanya hati kecil sendiri yang dapat merasainya
kadang-kadang sampai tak terluah dengan airmata dan kata-kata
bermohon kepada Allah moga dikurniakan zuriat
kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakal
selebihnya Allah swt yang menentukan

semoga dengan tips di bawah sedikit sebanyak akan dapat membantu.....

Bagi mereka yg masih berusaha mendapat zuriatan toiba.
1. Jangan putus asa terus berdoa kepada Allah dan berusaha dapatkan rawatan
2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg
3. Kurangkan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan
4. Minum teh hijau dan fresh juice. Jauhkan fizzy/soft drink dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah2
5. Makan lebih sayur2 hijau, ulam2, sup sayur, salad, pecal atau rojak
6. Makan lebih buah2. Mulakan setiap sajian makanan dengan buah2, diikuti sayur2
7. Kurangkan nasi, masak lauk2 - daging, ayam dan ikan yang fresh/segar. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan
8. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan2 yang diproses yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis
9. Rehat dan relaks. Ambil cuti bila isteri subur. Boleh kesan kesuburan dengan ujian ovulation
10. Lakukan exercise dengan berjalan kaki, jogging, treadmill atau berenang 30 minit setiap hari
11. Supplemen2 - multivitamins, folic, vitamin E dan C, logam2 zinc dan selenium. Fish oil, habbatus sauda
12. Berbagai2 kaedah rawatan menambah peluang hamil - xray HSG, hydrotubation, D&C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain2
13. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh2 dan disiplin untuk mematuhi garis panduan
ok, selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment