Tuesday, August 27, 2013

Adat Jejak Tanah

~Assalamualaikum wbt~

Hari ini ejat nak cerita pasal adat jejak tanah
adat apa tu?tak pernah dengar pun..hehehe..
"Jejak tanah atau adat memijak tanah adalah sebahagian daripada budaya bangsa Melayu yang merujuk kepada anak kecil yang baru pandai bertatih, dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupannya"

"Menurut kepercayaan orang Melayu, jejak tanah dilakukan untuk meramal masa depan bayi berdasarkan alat yang diambil dalam satu dulang khas yang meletakkan bayi sebagai kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan sekiranya dia mengambil gunting"

haaa itulah maksud adat jejak tanah
memandangkan arus persekitaran yang semakin moden dan maju
ditambah dengan kesibukan ibu bapa dalam tugasan seharian
adat ini seakan-akan semakin terpinggir dan ada di kalangan generasi muda kini yang tidak tahu langsung mengenai adat ini

Alhamdulillah, keluarga ejat masih mengamalkannya
selalunya abah la orang yang akan mengingatkan kami apabila ada di kalangan cucu-cucunya yang baru pandai berjalan
lepastu ada pantang sebelum buat adat ni tau!
anak kecil yang dah boleh berjalan tu tak dibenarkan pijak tanah sebelum adat ini dijalankan...haaaaa gitu...
ermmm, apa signifikannya pun ejat tak tahu

kebiasaannya family ejat akan melakukan adat ini pada sebelah petang 
dalam lepas asar macam tu
ini masa hari raya hari tu, adat jejak tanah untuk anak buah ejat
anak ke3 kepada abang sulung ejat
Nur Uzma Afiqah Binti Ahmad Mujahid, 1 tahun
dia baru dapat berjalan dua minggu sebelum raya kalau tak silap
so, masa raya yang ke-5 tu kitorang buatlah adat ni plus sambut birthday dia

mula-mula si kecil akan dimandikan dengan air campuran bunga-bungaan
kira mandi bunga lah macam orang nak cepat dapat jodoh tu
ejat ada snap gambar tapi tak publish kat sini sebab agak kurang sopan walaupun dia masih bayi, hihihi..
selesai mandi, siap2kan dia dengan baju cantik
hai, saya uzma ;-)  

mula-mula akan bentang tikar kat luar rumah
(encik enal n anak2 buah aku dah tak sabar nak ngap jajan dalam dulang tu)
hahahaha!
makanan2 ringan akan disediakan untuk kudap-kudapan 
 
 bila semua dah duduk
beberapa barang akan diletakkan di hadapan bayi untuk diambil
masa ni abah ejat letak 5 barang
(yassin, tasbih, pen, kunci dan stepler)
ada simbolik setiap barang2 tu
bila letak jer si uzma ni depan barang-barang tu terus dia amik yassin
Alhamdulillah, moga jadi anak yang baik dan solehah dunia akhirat

Menurut Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM)
Prof Dr Hashim Awang,
 “Pemilihan al-Quran membawa maksud bayi membesar sebagai budak yang baik dan beragama. Namun, sebenarnya itu adalah sekadar untuk membuka ruang komunikasi antara jiran dan keluarga yang hadir pada upacara itu, sekali gus mengeratkan ukhuwah antara mereka"
 selesai uzma ambil yassin tu, abah bacakan doa selamat
semua cucu-cucu duk mengadap abah sambil mengaminkan doa
si ariej dengan zakwan jer menggeletis tak mau duk diam
 lepastu abah pegang kepala uzma sambil bacakan doa
(danish berkerut je kt belakang, merajuk lah tu, hihi)
 selesai baca doa, abah angkat uzma untuk pijak tanah
tanah yer kawan2, bukan pijak simen
yassin tak tinggal yer uzma? alhamdulillah...
dan suruh dia jalan beberapa tapak sebagai simbolik kepada permulaan hidup
 yeayyyyy, saya dah boleh pijak tanah...

begitulah serba sedikit tentang adat jejak tanah yang diamalkan oleh keluarga saya
mungkin berbeza dengan satu tempat dengan tempat yang lain
barang yang digunakan juga mungkin akan berbeza

walau apa pun niat dan tujuan kita, yang penting dapat menggembirakan hati si kecil
di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga
dalam meneruskan adat dan budaya tinggalan nenek moyang kita
nilai-nilai keagamaaan wajib diterapkan bagi mengelakkan sesuatu adat itu menjadi syirik atau khurafat, wallahu'alam..

ok, daaaa....


1 comment:

  1. Assalam tuan, nak tanya ada tak contact number org yg boleh buat jejak di area selangor or kl... Shah 0178889114

    ReplyDelete