Friday, August 30, 2013

10 Tips Cinta Romantik Dalam Perkahwinan

~Assalamualaikum wbt~
Salam Jumaat, Salam Penghulu Segala Hari
ehem..ehem..ehem..
entri ini khas untuk pasangan yang sudah sah berkahwin sahaja yer
kepada yang belum sah berkahwin, boleh baca, tak salah pun
tetapi sekadar untuk pengetahuan jer yer
jangan amalkan pulak, no..no..no..;)
ok, jom usha apa 10 tips cinta romantik tu
tadaaaaaa.....
1. Ciuman goodbye atau kiss goodbye pada setiap pagi adalah perkara yang sangat romantik. Ciuman ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam pada anda dan pasangan anda. Anda berdua juga akan lebih bersemangat.

2. Sentiasa mengucapkan perkataaan ‘I LOVE U’ setiap kali anda terasa ingin ucapkannya. Pasangan anda pasti akan rasa sangat di sayangi apabila anda selalu mengucapkan perkataan tersebut. Selain itu, anda juga akan rasa sangat lega kerana dapat melepaskan perasaan sayang di hati menerusi ucapan I love U tersebut.

3. Duduk berdua-duaan dengan pasangan anda. Anda boleh memeluk pasangan anda dari belakang dan ucapkan kata-kata cinta pada dia selama lima minit.

4. Lakukan perkara bersama-sama seperti memasak, mengemas rumah dan bercuti.
5. Bergurau senda antara satu sama lain. Ketawa yang terhasil dari lawak anda berdua pasti akan merapatkan hubungan dan membuka hati untuk lebih menyayangi pasangan masing-masing.

6. Raba pasangan anda ketika dia tidak sedar anda akan lakukannya pasti menerbitkan rasa sayang yang amat antara anda berdua.

7. Sentiasa menyentuh pasangan anda seperti berpegangan tangan, memeluk pasangan anda dan menari bersama.

8. Makan bersama-sama dengan pasangan anda. Suap makanan ke mulut pasangan anda.

9. Urut pasangan anda jika anda lihat dia berada dalam keadaan letih.

10. Kongsi setiap perkara bersama-sama pasangan anda termasuklah hal-hal rahsia peribadi.

haaa, dah dapat dah 10 tips tu?
apa lagi, jom amalkan. hehehe..
insyaAllah semoga rumahtangga yang dibina akan menjadi lebih romantis dan indah
bukan apa, usia perkahwinan semakin bertambah, bukan semakin berkurang
jadi setiap hari kita kena semarakkan rasa cinta dan kasih sayang kepada pasangan
agar hubungan suci yang dibina akan kekal bahagia hingga ke syurga
dan sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa
aminnn.....

No comments:

Post a Comment