Friday, July 12, 2013

Tips Hilangkan Dagu Berlapis

~Assalamualaikum wbt~

salam petang jumaat
buat apa tu? mana yang kat office kerja la yer
kerja ke atau dah berangan nak buka puasa apa petang ni
yang perempuan confirm dah siap2 kemas meja, handbag pun dah siap letak atas meja tu
tepat jer waktu balik, terus cabut, jalan laju-laju
hihihi teringat masa kerja dulu
sekarang dah tak keja
waktu tersangatlah available, pagi tadi ejat kemas rumah bawah
memvakum, menyapu, mengemop, mengelap
phewwwww, 2jam ada kot buat 5S kat bawah tu
haaaaa ingat kat office je apply 5S..ngeh3...
bukan apa, sekali sekala tengok perabot rumah berubah kedudukan
sedap gak mata memandang, walaupun takdelah cantik mana pun ejat susun
hahahaha!

ok2, setiap hari jumaat ejat akan up entri pasal petua/ tips
tak kiralah mengenai apa pun
masakan ke, kesihatan ke, keluarga ke, percutian ke, kewangan ke
yang penting dapat bagi maklumat pada semua
pada yang tak tau lagi, boleh la baca dan amalkan
pada yang dah tau, duduk diam-diam ek, hihi....

ok, jom tengok apa tips nya...

1) Kawal kandungan kalori. Ini bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi.

2) Elakkan tidur siang dalam jangka masa yang panjang terutama selepas makan

3) Lakukan senaman secara rutin agar lemak atau kalori dalam badan dapat dibakar

4) Dagu antara bahagian yang mudah berminyak dan mengumpul lemak, oleh itu bersihkan wajah dengan sempurna dan lakukan urutan lembut selepas pembersihan dilakukan

5) Kunyah gula-gula getah kerana tabiat ini akan dapat membantu melatih otot muka agar lebih kuat

6) Lakukan senaman muka khusus bagi mengatasi masalah lebihan lemak di bawah dagu

7) Selain itu, senyum dan ketawalah selalu. Ia akan membuatkan wajah bersenam secara semula jadi dan merangsang otot bekerja lebih kuat dari biasa

8) Urut dagu setiap pagi dan malam dari bawah ke atas. Jika dilakukan secara konsisten, wajah akan semakin runcing

9) Sesetengah orang mengamalkan tidur tanpa bantal bagi mengatasi masalah dagu berlapis

10) Lakukan rawatan wajah di spa yang memberi fokus kepada masalah ini

11) Ada juga yang mencuba rawatan moden seperti menggunakan mesin untuk menyedut lemak. Namun, sebelum melakukan rawatan ini, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar dan lakukan ia di tempat yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

*Credit to Majalah Mingguan Wanita Bil:1539

ejat mmglah ada masalah double chin ni sejak azali
boleh cuba ni, mana tau berhasil, hehehe....
selamat mencuba!

ok, daaaa......



No comments:

Post a Comment