Wednesday, July 3, 2013

Review Seminar Empayar Perniagaan Internet by Ammar Zahar

~Assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah, baru berkesempatan nak up entry pasal seminar jootawan
Better Late Than Never.. betul tak?.. hihi..
dah lama draft, lama la ssssangat, tp tak jugak siap2 karangan budak sekolah rendah ni
kalau kat sekolah ni, dah lama kena pelangkung dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah
huhuhu xpe pelan2... phewwwww..

Bismillahirrahmanirrahim
Ok, Alhamdulillah sekali lagi sebab aku berjaya meluangkan masa untuk menghadiri 
Seminar Empayar Perniagaan Internet oleh Ammar Zahar
seminar telah berlangsung pada 15 Jun 2013 bertempat di Menara PGRM, Cheras 
 
 seminar bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari
yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM40 jika datang berseorangan
dan RM49 jika datang berkumpulan (3 orang)
jadi aku pilih yang RM49, jimat sikit dan boleh ajak kawan2
mula-mula memang dah ada member nak pergi
ex-officemate aku, shafini
dia STOKIS CATALYST kat Putrajaya ni, siapa2 nak order produk catalyst boleh roger dia ek;)
ni link blog dia, http://finycatalyst.blogspot.com/
tapi disebabkan dia ada hal yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa cari pengganti
its ok, mungkin bukan rezeki finy kali ni, lain kali boleh pergi lagi ek ;-)
cari punya cari, punya cari, akhirnya dapat 1orang member sekolah rendah aku
Ana Tumiran, dia ni ustazah KAFA kat Putrajaya tapi ligat jugak berbisnes
buat biskut, buat muffin, buat kek, macam2 lagi lah
hehe tq ana temankan aku

Aku sampai dalam 8.30 pagi
parking kat tepi jalan je sebab encik enal yang hantar
kejap lagi dia nak balik sebab ada tandatangan report card tadika zakwan
kitorang breakfast dulu kat kedai mamak bawah tu
sila isi perut siap2 yer sebab makanan tidak disediakan, harap maklum!
kita datang nak cari ilmu, bukan nak melantak..haha sentap mak..
dekat2 pukul9 aku pun naik atas, tingkat 4
Alhamdulillah, belum penuh lagi dewan tu, dapatlah duduk depan sikit
takdelah depan sangat tapi bolehla
ambil port tepi, senang nak pergi toilet ke nak tanya soalan ke
mana ada tanya soalan pun, i kan pemalu meow2 gitu, hihi..
 
dianggarkan hampir 500 orang yang hadir, wowwww!!!
penuh sampai ke belakang
akak tudung hijau ni mesti malu2 sebab aku snap gambar dia
kan3x?..
 
nak tengok ammar zahar dengan imej terbaru tak?
jeng..jeng..jeng..
tu dia..snap dari tempat duduk je so tak berapa clear
i pemalu nak catwalk kat tengah2 jalan tu semata2 nak amik gambar ammar zahar
auuwwwww gedix ek ejat!
ammar berimej botak, dia baru balik umrah sebenarnya
Dalam seminar ini ammar zahar cerita serba sedikit latar belakang dia
dan sejak bila dia berkecimpung dalam perniagaan internet sampailah sekarang
bukan sekelip mata dia boleh jadi jootawan
semua orang yang berjaya sekarang, memang pernah melalui zaman kesusahan suatu ketika dahulu
jangan ingat petik jari je, duit turun berguni-guni dari langit tau
kena rajin berusaha, tekad, buat sedikit pelaburan untuk mendapat pulangan di masa hadapan 
dan sentiasa penuhkan ilmu di dada
 walaupun 4jam, banyak ilmu dan panduan yang saya perolehi
wang ringgit bukan menjadi ukuran, yang penting ilmu yang kita dapat
apa ilmu yang ejat ada, ejat suka kongsikan kepada anda-anda di luar sana
tunggu ya di entri-etri akan datang!
kesimpulannya,
apa yang aku dapat dalam seminar ini adalah semangat
semangat dan cara untuk memajukan diri sendiri dan juga keluarga
rezeki terbentang luas kat bumi Allah ini
tinggal kita je nak usaha untuk dapatkan rezeki-rezeki tersebut
bila kita tak kerja makan gaji, tak semestinya kita tak boleh dapat pendapatan
malah, kalau kita rajin berusaha, kita akan dapat lebih daripada mereka
percayalah kak ton..ehhh tiba2 pulak kak ton yang enterframe, hihi

ok2, InsyaAllah di entri-entri yang akan datang
ejat akan kongsikan apa yang diperolehi dari seminar ini
dalam perniagaan ini kita kena tekad dan rajin
rezeki tidak akan datang bergolek tau
ingat tiba-tiba ada orang nak bagi kereta free macam kat bawah ni ke?
no..no..no..no.............
ini kereta siapa yang punya?jeng..jeng..jeng..
nanges mak tgk, bila agaknya boleh dapat kereta macam ni ek?
hmmmm, nak verangan jap..........

ok, daaaaaa.......

1 comment:

  1. Nice blog..sy pun baru mnghadiri seminar bisnes jootawan ni kt johor 18 okt 2014. Mmg best.
    Sudilah sggah di blog saya
    http://vitamin4umama.blogspot.com

    ReplyDelete