Wednesday, July 10, 2013

Resepi Spaghetti Carbonara Chef Ejat

 ~Assalamualaikum wbt~

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa semua
hari ini hari pertama puasa
moga-moga semangat hari pertama puasa akan berterusan sehingga akhir Ramadhan
InsyaAllah.....
jangan awal-awal je semangat
dah hujung-hujung kang, gastrik lah, pening kepala lah, nak demam lah
hahaha gurau jerrrr....
ejat doakan anda semua diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan sempurna dan lancar
Aminnnnn.....

Haaaaa, hari ini ejat up entri masakan western gitu
spaghetti ni ejat dah masak beberapa hari lepas tapi hari ini baru sempat nak up entri
ejat 1st time buat spaghetti carbonara ni
selalu buat spaghetti bolognese je
tapi rasanya sama je bahan-bahannya, sos dia je yang lain
betul tak?kalau tak betul, sila betulkan
ejat bukan chef pun, tajuk je propa chef ejat, ekekekek
blogger masakan pun bukan
suka-suka masak, janji sedap dan dari air tangan seorang isteri
cheeewaaaaahhhhh!
ok, jom layan resepi chef ejat, hik3....

Bahan-bahannya adalah:
~ spaghetti ~
 ~ cendawan butang, sos carbornara ~
 ~ bawang besar, daging lembu kisar, sosej, keju chesdale, keju mozarella~
*ejat tak guna pun chesdale tu sebab semua bahan dah ada cheese, terkinja-kinja kang lemak2 dalam perut ejat dapat ramai kawan baru..hihi..
 ~ sila potong bawang besar, cendawan butang, sosej (see ejat punya sosej pun dah ada cheese) ~

Cara-caranya adalah:
1- tumis bawang besar sehingga kekuning-kuningan
 2- masukkan daging lembu kisar dan masak sampai warna dia macam dalam gambar di atas
 3- masukkan sosej
4- masukkan sos carbonara, gaul sebati
5- masukkan candawan butang
 6- masukkan sedikit serbuk lada hitam
 7- tadaaaaaa, siap..taburkan keju mozarella masa panas-panas tu
p/s: ejat tak masukkan garam sebab semua dah guna banyak cheese, so dah lemak-lemak masin

selamat mencuba!
ok, daaaaaaa n selamt berbuka puasa;-)

4 comments:

  1. datang umah akak la..berbuka nnt..haha

    ReplyDelete
  2. haha, boleh2 adikku..roger jer..arini nak masak asam pedas ayam utk berbuka..nyum3x..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Haha sedap ker?kena la rasa dulu br tau sedap ke idak..=)

      Delete