Wednesday, July 31, 2013

Resepi Mee Kari Simple Plan

~Assalamualaikum wbt~

haiiiiiiiiii
ye tau ejat ngaku memang lama tak update blog, huhu
last entry adalah 18 Julai, apakah?kenapakah?mengapakah?
hmmmmm bukan sengaja tau tapi sebab ejat demam
demam bukan 1,2 hari tapi seminggu lebih
pagi 18 Julai memang ejat ok, sempat update blog, sempat masak untuk berbuka
maghrib tu ejat start seram sejuk, sakit tekak & pening
memang dah tak boleh buat apa lah jawabnya, terbaring jer
weekend balik kampung macam ok sikit, bila balik sini start demam semula
batuk berkahak, bersin selsema, pening semua complete
konon2 kuatlah tak mau pergi klinik, last2 hari selasa dah tak tahan sangat pergi juga klinik
dapat 6jenis ubat..haaa hambek sila telan sebiji2 yer ejat
lepas tu nak recover pun takes time + momentum untuk menulis pun merudum sikit
itulah ceritanya
ok, sekian terima kasih...heeeeee ;-)

ok, nak cerita menu iftar semalam
konon2 dah boring makan nasi time buka puasa
boringlah sangat ejat oi, kau tu orang Malaysia boring2 pun lastnya kau cari nasi juga nanti, hihi
berangan lah nak makan mee kari
 
tengahari berdesup pergi mydin cari barang sikit2
dan dalam misi nak menghabiskan apa-apa yang ada dalam peti tu
kang nak balik raya, keras kejung kematu semua dalam peti
hahahaha!

ok, jom tengok ejat masak mee kareeeeee ;-)
1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik bau 
 
2) Masukkan pes kari (pes kari tu adalah serbuk kari + air)
ejat dah bancuh siap2 dalam mangkuk kemudian baru masuk dalam periuk
mak ejat ajar macam tu tapi rasanya sebab tak nak serbuk kari tu berketul-ketul bila terus masuk dalam periuk, ye dak kawan-kawan?..hihi..
 
3) Tunggu sampai rempah kari garing dan pecah minyak cam gambar kat atas ni  
 
 4) Kemudian masukkan daging, fish cake dan fish ball
*udang dimasukkan setelah daging lembut yer
 
 5) Masukkan sedikit air, kepekatan kuah adalah mengikut selera kawan-kawan yer
dan akhir sekali masukkan sedikit santan
Tadaaaaa... dah siap dah kuahnya!
 6) Kemudian, sila lah goreng tauhu, rebus telur, celor mee, sawi dan taugeh
*gambar mee tak snap la pulak
 
7) Kemudian, hidangkan ala-ala macam kat atas ni, simple je kan?
 *kalau suka, boleh tambah cili merah, bawang goreng, daun sup
siap untuk ditelannnnnn..yummy!

selamat mencuba yer kawan-kawan!
ok, daaaaa.....

No comments:

Post a Comment