Wednesday, July 31, 2013

Resepi Mee Kari Simple Plan

~Assalamualaikum wbt~

haiiiiiiiiii
ye tau ejat ngaku memang lama tak update blog, huhu
last entry adalah 18 Julai, apakah?kenapakah?mengapakah?
hmmmmm bukan sengaja tau tapi sebab ejat demam
demam bukan 1,2 hari tapi seminggu lebih
pagi 18 Julai memang ejat ok, sempat update blog, sempat masak untuk berbuka
maghrib tu ejat start seram sejuk, sakit tekak & pening
memang dah tak boleh buat apa lah jawabnya, terbaring jer
weekend balik kampung macam ok sikit, bila balik sini start demam semula
batuk berkahak, bersin selsema, pening semua complete
konon2 kuatlah tak mau pergi klinik, last2 hari selasa dah tak tahan sangat pergi juga klinik
dapat 6jenis ubat..haaa hambek sila telan sebiji2 yer ejat
lepas tu nak recover pun takes time + momentum untuk menulis pun merudum sikit
itulah ceritanya
ok, sekian terima kasih...heeeeee ;-)

ok, nak cerita menu iftar semalam
konon2 dah boring makan nasi time buka puasa
boringlah sangat ejat oi, kau tu orang Malaysia boring2 pun lastnya kau cari nasi juga nanti, hihi
berangan lah nak makan mee kari
 
tengahari berdesup pergi mydin cari barang sikit2
dan dalam misi nak menghabiskan apa-apa yang ada dalam peti tu
kang nak balik raya, keras kejung kematu semua dalam peti
hahahaha!

ok, jom tengok ejat masak mee kareeeeee ;-)
1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik bau 
 
2) Masukkan pes kari (pes kari tu adalah serbuk kari + air)
ejat dah bancuh siap2 dalam mangkuk kemudian baru masuk dalam periuk
mak ejat ajar macam tu tapi rasanya sebab tak nak serbuk kari tu berketul-ketul bila terus masuk dalam periuk, ye dak kawan-kawan?..hihi..
 
3) Tunggu sampai rempah kari garing dan pecah minyak cam gambar kat atas ni  
 
 4) Kemudian masukkan daging, fish cake dan fish ball
*udang dimasukkan setelah daging lembut yer
 
 5) Masukkan sedikit air, kepekatan kuah adalah mengikut selera kawan-kawan yer
dan akhir sekali masukkan sedikit santan
Tadaaaaa... dah siap dah kuahnya!
 6) Kemudian, sila lah goreng tauhu, rebus telur, celor mee, sawi dan taugeh
*gambar mee tak snap la pulak
 
7) Kemudian, hidangkan ala-ala macam kat atas ni, simple je kan?
 *kalau suka, boleh tambah cili merah, bawang goreng, daun sup
siap untuk ditelannnnnn..yummy!

selamat mencuba yer kawan-kawan!
ok, daaaaa.....

Monday, July 22, 2013

Paprik Daging Anak Jawa

Salam hari sabtu, hehe...
gigih lagi mengupdate entri pasal makanan
Ini aku nak tunjuk resepi buat paprik daging
nak guna ayam,udang,sotong pun boleh
ikut tekak dan selera masing2 
kalau tak suka resepi aku, tak apa........
ejat tak mau kawan
haha, gedix!

Bahan-bahan :
bawang putih
bawang merah
serai
daun limau purut
carrot
bunga kobis
daging


Bahan-bahan untuk buat kuah :
cili boh
sos tiram
sos cili
sos tomato
kicap pekat
kicap cair

(Maaf yer resepi aku xde sukatan sbb aku masak mmg campak2 jer,
tgk pada kuantiti, ikut sesedap rasa nak masuk banyak mana, pastu rasa,
kalau terkurang, tambahla, kalau terlebih, pandai2la adjust nak bagi sedap,
haaaaa senang kan aku masak tak payah nak pening2 kepala nak sukat2 bagai)


Cara-caranya :
1) tumis bawang putih dan bawang merah


2) patutnya tumis cili boh dulu sampai pecah minyak pastu baru masuk daging
tapi aku ralit buat ape ntah, tgk2 bawang dah nak hangit
aku pun campakla daging bagi mengelakkan kehangitan bawang yang melampau
kang kalau da geseng sape nak jawab
ape geseng2 ni?
haaaaaa
geseng tu maknanya "hangit" dalam bahasa jawa
ok paham?
sambil masak sambil belajar bahasa jawa yer,hehe.. 


3) pastu masukkan semua bahan-bahan untuk kuah paprik
masukkan juga serai dan daun limau purut



4) biarkan menggelegak jap pastu masukkan carrot
carrot keras so masukkan carrot terlebih dahulu


5) bila carrot da agak2 lembut, masukkan bunga kobis
bunga kobis ni cepat je lembut

 

6) bila semua dah sebati
daging pun dah lembut
tutuplah api dapur
ok siap!

selamat mencuba yer kawan-kawan
Paprik Daging Anak Jawa
ngeh3..
daaaaa.....

Thursday, July 18, 2013

Menu Iftar Chef Ejat

~Assalamualaikum wbt~

haiiiiii semua!
Alhamdulillah dah masuk hari ke-9 umat Islam berpuasa
kejap je rasanya masa berlalu
dan dekat seminggu gak ejat tak up entry tapi tangan memang gatal je nak menulis, hihi
ejat sibuk sikit dengan urusan bisnes bulan2 puasa ni
bisnes la sangat, ayat tak hengat yer ejat, haha jangan mare
sibuk-sibuk pun sempat lagi masak sendiri untuk berbuka tau
Alhamdulillah...bukan apa, bila masak sendiri ini kita akan rasa puas
dan satu lagi confirm tak akan membazir
sebab dah boleh agak kuantiti masakan sampai ke sahur
kalau pergi bazar ramadhan, wallahu'alam.....
kawan-kawan sendiri pun tau apa jawapannye kan?
....................................

ok2, ejat nak up menu iftar ejat
mana tahu boleh bagi idea pada kawan-kawan nak masak apa petang ni
gigih tau hari-hari snap gambar makanan, haha layaaaannnn

*3 Ramadhan* 
~ Ayam Masak Lemak Kuning + Cendawan Butang ~
~ Sambal Tumis Ikan Bilis + Kentang + Tauhu ~

*6 Ramadhan*
  ~ Tom Yam Campur ~
 ~ Sotong Goreng Tepung ~

*7 Ramadhan*
 ~ Daging Masak Kicap ~
 ~ Tumis Sawi + Carrot Bertelur ~

*8 Ramadhan*
~ Masak Lemak Kobis + Carrot + Tempe ~
~ Telur Bungkus ~
 ~ Telur Masin Sungai Besar ~
~ Pau Kelapa + Pau Kaya ~

Phewwwwww!
terliuq ka? kalau terliuq ejat mintak maaf yer
hik3...

ok, daaaaaa....

Friday, July 12, 2013

Tips Hilangkan Dagu Berlapis

~Assalamualaikum wbt~

salam petang jumaat
buat apa tu? mana yang kat office kerja la yer
kerja ke atau dah berangan nak buka puasa apa petang ni
yang perempuan confirm dah siap2 kemas meja, handbag pun dah siap letak atas meja tu
tepat jer waktu balik, terus cabut, jalan laju-laju
hihihi teringat masa kerja dulu
sekarang dah tak keja
waktu tersangatlah available, pagi tadi ejat kemas rumah bawah
memvakum, menyapu, mengemop, mengelap
phewwwww, 2jam ada kot buat 5S kat bawah tu
haaaaa ingat kat office je apply 5S..ngeh3...
bukan apa, sekali sekala tengok perabot rumah berubah kedudukan
sedap gak mata memandang, walaupun takdelah cantik mana pun ejat susun
hahahaha!

ok2, setiap hari jumaat ejat akan up entri pasal petua/ tips
tak kiralah mengenai apa pun
masakan ke, kesihatan ke, keluarga ke, percutian ke, kewangan ke
yang penting dapat bagi maklumat pada semua
pada yang tak tau lagi, boleh la baca dan amalkan
pada yang dah tau, duduk diam-diam ek, hihi....

ok, jom tengok apa tips nya...

1) Kawal kandungan kalori. Ini bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi.

2) Elakkan tidur siang dalam jangka masa yang panjang terutama selepas makan

3) Lakukan senaman secara rutin agar lemak atau kalori dalam badan dapat dibakar

4) Dagu antara bahagian yang mudah berminyak dan mengumpul lemak, oleh itu bersihkan wajah dengan sempurna dan lakukan urutan lembut selepas pembersihan dilakukan

5) Kunyah gula-gula getah kerana tabiat ini akan dapat membantu melatih otot muka agar lebih kuat

6) Lakukan senaman muka khusus bagi mengatasi masalah lebihan lemak di bawah dagu

7) Selain itu, senyum dan ketawalah selalu. Ia akan membuatkan wajah bersenam secara semula jadi dan merangsang otot bekerja lebih kuat dari biasa

8) Urut dagu setiap pagi dan malam dari bawah ke atas. Jika dilakukan secara konsisten, wajah akan semakin runcing

9) Sesetengah orang mengamalkan tidur tanpa bantal bagi mengatasi masalah dagu berlapis

10) Lakukan rawatan wajah di spa yang memberi fokus kepada masalah ini

11) Ada juga yang mencuba rawatan moden seperti menggunakan mesin untuk menyedut lemak. Namun, sebelum melakukan rawatan ini, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar dan lakukan ia di tempat yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

*Credit to Majalah Mingguan Wanita Bil:1539

ejat mmglah ada masalah double chin ni sejak azali
boleh cuba ni, mana tau berhasil, hehehe....
selamat mencuba!

ok, daaaa......



Thursday, July 11, 2013

Makan Sampai Tak Pandang Kiri Kanan

~Assalamualaikum wbt~

Haaaaaaa, propa tak tajuk?
kikikiki haruslah
nak tunjuk gambar makanan kan
ok, ni menu buka puasa hari pertama ejat & encik enal
jeng.....jeng....jeng.....

 ~Asam Pedas Ayam~
 ~Sayur Sawi Bercendawan Butang Bertelur~
~Ikan Masin Putus Kepala + Ayam Goreng Zakwan~

 ~Air Cincau~

haaaaaaa, kat bawah ni menu hari ni pulak yer aka puasa hari ke2
 ~Gulai Udang + Tomato~
~Salad Bertimun Bertelur Rebus Bersos~
hahaha suka hati je letak nama menu

ok, besok nak masak apa pulak ek?
idea dah berlegar-legar dalam kepala otak ni
hehe tunggggggguuuuuuuu

ok, daaaaaaa.....

Wednesday, July 10, 2013

Resepi Spaghetti Carbonara Chef Ejat

 ~Assalamualaikum wbt~

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa semua
hari ini hari pertama puasa
moga-moga semangat hari pertama puasa akan berterusan sehingga akhir Ramadhan
InsyaAllah.....
jangan awal-awal je semangat
dah hujung-hujung kang, gastrik lah, pening kepala lah, nak demam lah
hahaha gurau jerrrr....
ejat doakan anda semua diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan sempurna dan lancar
Aminnnnn.....

Haaaaa, hari ini ejat up entri masakan western gitu
spaghetti ni ejat dah masak beberapa hari lepas tapi hari ini baru sempat nak up entri
ejat 1st time buat spaghetti carbonara ni
selalu buat spaghetti bolognese je
tapi rasanya sama je bahan-bahannya, sos dia je yang lain
betul tak?kalau tak betul, sila betulkan
ejat bukan chef pun, tajuk je propa chef ejat, ekekekek
blogger masakan pun bukan
suka-suka masak, janji sedap dan dari air tangan seorang isteri
cheeewaaaaahhhhh!
ok, jom layan resepi chef ejat, hik3....

Bahan-bahannya adalah:
~ spaghetti ~
 ~ cendawan butang, sos carbornara ~
 ~ bawang besar, daging lembu kisar, sosej, keju chesdale, keju mozarella~
*ejat tak guna pun chesdale tu sebab semua bahan dah ada cheese, terkinja-kinja kang lemak2 dalam perut ejat dapat ramai kawan baru..hihi..
 ~ sila potong bawang besar, cendawan butang, sosej (see ejat punya sosej pun dah ada cheese) ~

Cara-caranya adalah:
1- tumis bawang besar sehingga kekuning-kuningan
 2- masukkan daging lembu kisar dan masak sampai warna dia macam dalam gambar di atas
 3- masukkan sosej
4- masukkan sos carbonara, gaul sebati
5- masukkan candawan butang
 6- masukkan sedikit serbuk lada hitam
 7- tadaaaaaa, siap..taburkan keju mozarella masa panas-panas tu
p/s: ejat tak masukkan garam sebab semua dah guna banyak cheese, so dah lemak-lemak masin

selamat mencuba!
ok, daaaaaaa n selamt berbuka puasa;-)

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

~Assalamualaikum wbt~
 
Alhamdulillah, syukur Ya Allah dipertemukan kembali dengan Ramadhan pada tahun ini
bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia
bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan
kita harus bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini
seharusnya dan sebaik-baiknya manfaatkanlah bulan Ramadhan ini dengan sebaik mungkin kerana, kita tidak tahu adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan
datang..........

terasa syahdu dan sayu tika mencoret nukilan ini
sambil ditemani dengan rintik-rintik hujan yang membasahi bumi
beserta bayu lembut yang menghembus menyapa tubuh ini
syukur atas segala nikmat mu Ya Allah......
mungkin disebabkan aku berturut-turut menerima berita tentang kematian
menyebabkan aku tersentak sedikit dari lamunan
semalam petang aku menerima berita pemergian ayah kepada seorang sahabatku yang sama-sama menuntut di UiTM, Nor Sakilawati Bte Abd Wahab (ila)
suaminya Mohd Irwan juga adalah sahabatku
ila baru sahaja dikurniakan cahayamata kedua pada bulan 5 yang lalu
seorang puteri comel Nur Arissa
di dalam kegembiraan, Allah selitkan sedikit kedukaan
tiada siapa yang tahu perancangan mu Ya Allah
tetapi Engkau adalah sebaik-baik perancang
setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya
ila, bertabahlah dan kuatkan semangat demi keluarga tercinta
sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah abah ila
kita yang masih hidup, harus teruskan hidup dan perjuangan
yang penting, jangan putus mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana........

pagi tadi juga jam 7.00 pagi 
telefon berdering, bila dilihat, panggilan dari emakku di kampung
hatiku berdegup menandakan pasti ada sesuatu berita penting yang ingin disampaikan
rupa-rupanya satu lagi berita kematian yang aku terima
pemergian bapa kepada kakak ipar sulungku
aku memanggil arwah, embah kusin (orang jawa)
dia memang sudah berumur dan kesihatannya semakin merosot sejak kebelakangan ini
sudah tidak mengenali orang-orang yang dia kenal selama ini
badan sudah tidak boleh menerima apa-apa makanan
semua itu adalah petanda-petanda kematian yang Allah beri
sedikit demi sedikit nikmat yang diberi ditarik semula olehNya
tetapi, masa dan ketika nya tiada siapa yang tahu

Ya Allah, ku doakan semoga insan-insan yang dijemput olehMu ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan semoga roh mereka tenang dan damai di sana
AL-FATIHAH..................

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari bagi diri saya dan juga keluarga
memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan
samada yang disedari atau tidak disedari
sama-sama kita semarakkan Ramadhan ini
penuhilah dengan amalan-amalan yang mulia agar beroleh keberkatan dariNya
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.....

Friday, July 5, 2013

Petua Bagi Puding Cepat Beku

~Assalamualaikum wbt~

Haaaaa, main petua2 pulak ejat sekarang ni yer
hehe, takdelah, sekadar nak berkongsi info untuk semua blog reader ejat
petua ni ejat ambil dari majalah mingguan wanita
credit to Majalah Mingguan Wanita, Karangkraf Bil: 1537

sebenarnya ejat pun tak tahu petua ini tau
belek punya belek, punya belek mingguan wanita yang ejat dapat masa pergi
Konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita hari tu
nampaklah petua ni kat ruangan Petua Dapur
memandangkan ejat pun bisnes buat puding, memang sesuai sangatlah petua ni kan?

nak tahu caranya?
jeng...jeng...jeng... ok2 ejat bagitau, begini caranya
sila sejukkan loyang kosong di dalam peti sejuk beku terlebih dahulu
kemudian, kita bolehlah start mempuding
bila loyang dah cukup sejuk, isikan puding yang telah dimasak ke dalam loyang tersebut
insyaAllah puding akan beku dengan cepat
tadaaaaaaa, siap;-)

 
~ nak jugak enterframe puding aku ni yer, layan kan jerla..
tapi saiz ni aku buat dalam tupperware, saiz besar baru dalam loyang ~

selamat mencuba!!!
ok, daaaaa.....


Wednesday, July 3, 2013

Review Seminar Empayar Perniagaan Internet by Ammar Zahar

~Assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah, baru berkesempatan nak up entry pasal seminar jootawan
Better Late Than Never.. betul tak?.. hihi..
dah lama draft, lama la ssssangat, tp tak jugak siap2 karangan budak sekolah rendah ni
kalau kat sekolah ni, dah lama kena pelangkung dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah
huhuhu xpe pelan2... phewwwww..

Bismillahirrahmanirrahim
Ok, Alhamdulillah sekali lagi sebab aku berjaya meluangkan masa untuk menghadiri 
Seminar Empayar Perniagaan Internet oleh Ammar Zahar
seminar telah berlangsung pada 15 Jun 2013 bertempat di Menara PGRM, Cheras 
 
 seminar bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari
yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM40 jika datang berseorangan
dan RM49 jika datang berkumpulan (3 orang)
jadi aku pilih yang RM49, jimat sikit dan boleh ajak kawan2
mula-mula memang dah ada member nak pergi
ex-officemate aku, shafini
dia STOKIS CATALYST kat Putrajaya ni, siapa2 nak order produk catalyst boleh roger dia ek;)
ni link blog dia, http://finycatalyst.blogspot.com/
tapi disebabkan dia ada hal yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa cari pengganti
its ok, mungkin bukan rezeki finy kali ni, lain kali boleh pergi lagi ek ;-)
cari punya cari, punya cari, akhirnya dapat 1orang member sekolah rendah aku
Ana Tumiran, dia ni ustazah KAFA kat Putrajaya tapi ligat jugak berbisnes
buat biskut, buat muffin, buat kek, macam2 lagi lah
hehe tq ana temankan aku

Aku sampai dalam 8.30 pagi
parking kat tepi jalan je sebab encik enal yang hantar
kejap lagi dia nak balik sebab ada tandatangan report card tadika zakwan
kitorang breakfast dulu kat kedai mamak bawah tu
sila isi perut siap2 yer sebab makanan tidak disediakan, harap maklum!
kita datang nak cari ilmu, bukan nak melantak..haha sentap mak..
dekat2 pukul9 aku pun naik atas, tingkat 4
Alhamdulillah, belum penuh lagi dewan tu, dapatlah duduk depan sikit
takdelah depan sangat tapi bolehla
ambil port tepi, senang nak pergi toilet ke nak tanya soalan ke
mana ada tanya soalan pun, i kan pemalu meow2 gitu, hihi..
 
dianggarkan hampir 500 orang yang hadir, wowwww!!!
penuh sampai ke belakang
akak tudung hijau ni mesti malu2 sebab aku snap gambar dia
kan3x?..
 
nak tengok ammar zahar dengan imej terbaru tak?
jeng..jeng..jeng..
tu dia..snap dari tempat duduk je so tak berapa clear
i pemalu nak catwalk kat tengah2 jalan tu semata2 nak amik gambar ammar zahar
auuwwwww gedix ek ejat!
ammar berimej botak, dia baru balik umrah sebenarnya
Dalam seminar ini ammar zahar cerita serba sedikit latar belakang dia
dan sejak bila dia berkecimpung dalam perniagaan internet sampailah sekarang
bukan sekelip mata dia boleh jadi jootawan
semua orang yang berjaya sekarang, memang pernah melalui zaman kesusahan suatu ketika dahulu
jangan ingat petik jari je, duit turun berguni-guni dari langit tau
kena rajin berusaha, tekad, buat sedikit pelaburan untuk mendapat pulangan di masa hadapan 
dan sentiasa penuhkan ilmu di dada
 walaupun 4jam, banyak ilmu dan panduan yang saya perolehi
wang ringgit bukan menjadi ukuran, yang penting ilmu yang kita dapat
apa ilmu yang ejat ada, ejat suka kongsikan kepada anda-anda di luar sana
tunggu ya di entri-etri akan datang!
kesimpulannya,
apa yang aku dapat dalam seminar ini adalah semangat
semangat dan cara untuk memajukan diri sendiri dan juga keluarga
rezeki terbentang luas kat bumi Allah ini
tinggal kita je nak usaha untuk dapatkan rezeki-rezeki tersebut
bila kita tak kerja makan gaji, tak semestinya kita tak boleh dapat pendapatan
malah, kalau kita rajin berusaha, kita akan dapat lebih daripada mereka
percayalah kak ton..ehhh tiba2 pulak kak ton yang enterframe, hihi

ok2, InsyaAllah di entri-entri yang akan datang
ejat akan kongsikan apa yang diperolehi dari seminar ini
dalam perniagaan ini kita kena tekad dan rajin
rezeki tidak akan datang bergolek tau
ingat tiba-tiba ada orang nak bagi kereta free macam kat bawah ni ke?
no..no..no..no.............
ini kereta siapa yang punya?jeng..jeng..jeng..
nanges mak tgk, bila agaknya boleh dapat kereta macam ni ek?
hmmmm, nak verangan jap..........

ok, daaaaaa.......