Wednesday, June 26, 2013

Pecel Jowo Memang Terbaeekkk!

~Assalamualaikum wbt~

Haaaiii, lamanya tak bersiaran
ada yang rindu ker?hihi perasan
lately ni ejat tak menyempat je nak update blog
busy sikit dengan urusan bisnes
cheeewaahhhh
takdelah, yang benarnya malas..pecah rahsia

ermmm, semua org tahu, minggu ni adalah minggu jerebu
sebab tu aku malas semacam jer
cuaca pun ala2 redup2 syahdu gitu
haaaa memang layu jelah mata ni
start teruk jerebu ni pada sabtu yang lepas
masa tu aku nak balik kampung
pagi2 keluar, kat putrajaya pun dah start tebal sampailah ke sungai besar
kemudian berlarutan sehinggalah ke hari ini
yang paling teruk semalam, Putrajaya pun hampir mencecah IPU 200
Alhamdulillah, petang semalam hujan lebat + angin kencang 
harap2 pergilah jauh2 dan hilang jerebu ni

sejak Isnin memang aku tak hantar zakwan pergi sekolah
abahnya cakap, tunggu IPU bawah 100 baru pergi sekolah
zakwan apa lagi, joli katak la
memang aku dengan zakwan tak keluar rumah langsung
semalam je aku keluar sekejap buang sampah dan siram pokok bunga
kering kot bunga aku time2 jerebu ni, huhu...

Alhamdulillah, hari ini bacaan IPU semakin menurun
semoga terus menurun dan menurun
kat bawah ni gambar semalam tengahari
kawasan tepi rumah aku
selalu bukit tu nampak jelas, dekat je tu
bukan jauh mana pun....

~Ya Allah, jauhkanlah kami semua dari segala malapetaka dan bencana,
Sesungguhnya, segala apa yang Engkau jadikan di atas muka bumi ini adalah sebagai peringatan dan pengajaran kepada hamba-hamba Mu yang sering alpa dan leka...
Amin...Amin...Ya Rabbal A'lamin~

ok, habis cerita pasal jerebu
ejat nak show off apa ejat makan hari ni
haaaa, memang tak ada keje lain kan
haruslah post gambar makanan bagi semua terliuqqqq ngencesss
hahahha kejam!

jom layan...

~ tauhu jepun masak sambal ~

~ sambal pecal made in tanjung karang ~

 ~ bila dah rendam dengan air panas, tadaaaa siap ~
~ yang ni pulak bahan-bahan pecal nya ~
*bihun, kacang panjang, pucuk ubi, tauhu goreng, ayam goreng
(tak cukup bahan ni, patutnya ada nasi himpit, kangkung, timun dan taugeh)
 banyak kan bahan-bahannya?
itulah yang special tang makanan jawa..ngeh3..

aku ni kalau bab2 makanan jawa memang laju jer
maklumlah, ini memang makanan ruji aku sejak lahir
hahahaha xdelah, sejak kecik lah

kalau balik kampung tu
time breakfast ada nasi lemak daun pisang dengan pecal daun pisang
aku memang rembat pecal daun pisang dulu
letak sambal kacang tu + kadang2 ada sekali kuah lemak nangka
memang terbaeeekkkkkk!
Aku Anak Jawa ;-)




No comments:

Post a Comment