Wednesday, June 26, 2013

Pecel Jowo Memang Terbaeekkk!

~Assalamualaikum wbt~

Haaaiii, lamanya tak bersiaran
ada yang rindu ker?hihi perasan
lately ni ejat tak menyempat je nak update blog
busy sikit dengan urusan bisnes
cheeewaahhhh
takdelah, yang benarnya malas..pecah rahsia

ermmm, semua org tahu, minggu ni adalah minggu jerebu
sebab tu aku malas semacam jer
cuaca pun ala2 redup2 syahdu gitu
haaaa memang layu jelah mata ni
start teruk jerebu ni pada sabtu yang lepas
masa tu aku nak balik kampung
pagi2 keluar, kat putrajaya pun dah start tebal sampailah ke sungai besar
kemudian berlarutan sehinggalah ke hari ini
yang paling teruk semalam, Putrajaya pun hampir mencecah IPU 200
Alhamdulillah, petang semalam hujan lebat + angin kencang 
harap2 pergilah jauh2 dan hilang jerebu ni

sejak Isnin memang aku tak hantar zakwan pergi sekolah
abahnya cakap, tunggu IPU bawah 100 baru pergi sekolah
zakwan apa lagi, joli katak la
memang aku dengan zakwan tak keluar rumah langsung
semalam je aku keluar sekejap buang sampah dan siram pokok bunga
kering kot bunga aku time2 jerebu ni, huhu...

Alhamdulillah, hari ini bacaan IPU semakin menurun
semoga terus menurun dan menurun
kat bawah ni gambar semalam tengahari
kawasan tepi rumah aku
selalu bukit tu nampak jelas, dekat je tu
bukan jauh mana pun....

~Ya Allah, jauhkanlah kami semua dari segala malapetaka dan bencana,
Sesungguhnya, segala apa yang Engkau jadikan di atas muka bumi ini adalah sebagai peringatan dan pengajaran kepada hamba-hamba Mu yang sering alpa dan leka...
Amin...Amin...Ya Rabbal A'lamin~

ok, habis cerita pasal jerebu
ejat nak show off apa ejat makan hari ni
haaaa, memang tak ada keje lain kan
haruslah post gambar makanan bagi semua terliuqqqq ngencesss
hahahha kejam!

jom layan...

~ tauhu jepun masak sambal ~

~ sambal pecal made in tanjung karang ~

 ~ bila dah rendam dengan air panas, tadaaaa siap ~
~ yang ni pulak bahan-bahan pecal nya ~
*bihun, kacang panjang, pucuk ubi, tauhu goreng, ayam goreng
(tak cukup bahan ni, patutnya ada nasi himpit, kangkung, timun dan taugeh)
 banyak kan bahan-bahannya?
itulah yang special tang makanan jawa..ngeh3..

aku ni kalau bab2 makanan jawa memang laju jer
maklumlah, ini memang makanan ruji aku sejak lahir
hahahaha xdelah, sejak kecik lah

kalau balik kampung tu
time breakfast ada nasi lemak daun pisang dengan pecal daun pisang
aku memang rembat pecal daun pisang dulu
letak sambal kacang tu + kadang2 ada sekali kuah lemak nangka
memang terbaeeekkkkkk!
Aku Anak Jawa ;-)




Wednesday, June 19, 2013

Menu puasa ganti - 9th day (Ayam penyet lagi)

~ Assalamualaikum wbt ~

 Alhamdulillah semalam dapat sambung puasa ganti hari yang ke-9
semalam banyak urusan, so ajak abg enal pergi pasar malam jer
pasar malam/ pasar tani kat putrajaya ni ada kat presint 2
dibuka pada setiap hari selasa dan jumaat sahaja
sejak tengahari peniaga-peniaga dah start buka gerai sampailah ke malam
lain kali aku buat entri pasal pasar malam putrajaya lah pulak
best jugak ni, sebab makanan memang banyak gilerrrrr
baju, tudung, ikan, sayur, semua ada
hmmmmm, lain kali aku cerita ek...

oklah, semalam dah penat sebab banyak urusan yang nak diselesaikan
pastu kepala pun pening sangat-sangat
*aku ada makan 1 supplement ni, maybe healing process kot*
dengan puasa, sakit kepala berdenyut-denyut
cuaca panas
last nya aku makan apa tau tak?
tadaaaaaaaaa............
nasi ayam penyet lagi
hahahahaha!

~ Nasi Ayam Penyet = RM 5.00 ~
* nasi, ayam goreng berempah, sup, sambal, tauhu goreng, tempe goreng, timun & kobis*

Rasa dia....nak tau tak???
haaaaaaaa
memang tak boleh lawan ayam penyet wong solo lahhh
kan aku dah cakap
ayam penyet wong solo tetap menjadi poojaan hatikuuuuu
tapi disebabkan lapar, licin gak aku makan, hihi
errkkkkk, alhamdulillah...

ok,daaaaa....

Restoran Ayam Bakar Wong Solo + Yogen Fruz, Bangi aka menu buka puasa - 8th day

Assalamualaikum...

semua orang dah tido tapi mood menulis aku baru nak datang
hmmm, nak buek camno tu?
tak apa lah, Allah dah tentukan idea menulis aku datang time ni
Alhamdulillah... 
 kalau dibuatnya idea tak datang langsung, camner????
haaa tak dapek den nak nolong, hihi.. 
 
ok, disebabkan dah berhari-hari makan air tangan sendiri
makanya, aku nak rasa air tangan orang lain pulak
haaaaaaa, air tangan sapa lah yang aku nak rasa yer
air tangan tau, bukan air basuh tangan

ok, ni menu buka puasa hari ke-8
gila lama baru nak upload citerrr 
hai la ejat...ejat...hehe.. 
disebabkan lama tak pekena ayam penyet
apa lagi, berdesup la pergi 
Restoran Ayam Bakar Wong Solo kat bangi tu
aku pernah makan 1kedai ayam penyet kat alamanda
tapiii not my taste la,hehe...
ayam penyet wong solo jugak tetap menjadi pooojaaan hatiku
nggeeeee....

Ni aku tepek address nya:
Restoran Ayam Bakar Wong Solo
8-G-1 & 9-G-1,
Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8925 3414
*Kedainya sebelah Restoran Steamboat Antarabangsa

~ Set Ayam Penyet = RM 10.90 ~
(Nasi, ayam penyet, sambal pedas giler tapi sedap wehhh, 
tempe goreng, tauhu goreng, terung sambal, timun & salad)

~ Tauhu tempe penyet = RM 5.50 ~
* orang jawa memang giler makan tempe, haha

bila dah makan, apa lagi, muka jadi blushing la menahan kepedasan
telinga dah keluar asap, hingus dah meleleh2
tapi makan gak lagi tu
lagi pedas lagi best
 nyum..nyum!!!
dah pedas kena la minum air
ni air yang kitorang order
~ Jus mangga = RM 5.50 ~
~ Sirap Limau = RM 2.50 ~
*akan dapat free air mineral sejuk yang kecil, tp tak snap gambar pulak

aku rasa ramai yang dah makan ayam penyet wong solo ni
tapi bagi yang belum pernah makan....
aku cadangkan korang datang dan cuba
memang tak rugi punyeeerrrr
servis pun cepat dan bagus ;-)

dah kenyang makan, Alhamdulillah....
sementara nak pegi ke kereta
ternampak la pulak kedai aiskrim yogurt
nama dia YOGEN FRUZ
dasar selera besar
kecek2 abg enal, dapatlah semangkuk, hehe
ikut tekak jawa aku ni
bila dah makan tutti frutti, snogurt
aku rasa yang ni paling sedap
cuba korang rasa pulak
kedainya selang 2,3 buah dari wong solo tu
layaannnnn....

 ~ Pic from Google ~

~ Hasil tangkapan ~
* flavour mangga, vanilla

~ Yogen Fruz, It's All About U ~

ok, daaaaaa...

Saturday, June 15, 2013

Menu puasa ganti - 7th day

Assalamualaikum..

waduh..waduh..lama banget aku tak post entri..
hari-hari tangan ni memang gataaal je nak menulis
tapi........
itulah, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan
haaaa banyak hutang entri ni
pasal apa? pasal makanan lah
Hahaha...

Entri kali ni nak jugak sambung menu buka puasa ganti yang tak berkesudahan..
huhuhu..
takpe ejat..sikit je lagi..sikit je lagi..
tapi minggu ni ejat rest jap tau..
sebab apa?sebabnya....jawablah sendiri..ngeh3..
disebabkan cerita minggu lepas,
sisa-sisa makanan pun dah tak ada dalam perut ni hokey
Hahahaha!
Ok2, fine..
siapa nak layan, silakan..
siapa tak nak layan, ok bye..hihi..
menu apa???
nasi goreng laaa, adoyai boring betul ejat ni macam tak ada menu lain
haha ada aku kesah?
janji ada makanan untuk berbuka
ok, cuba kita bayangkan orang yang tak berkemampuan
nak masak nasi pun tak ada beras, buka puasa dengan air kosong jer
Allah dah tentukan rezeki masing-masing dalam dunia ni

kena terima dengan hati terbuka
so, rezeki aku untuk buka puasa hari ke-7 adalah nasi goreng ejat punyerrrr
dan ayam kfc
nasi ayam kfc nye dah selamat masuk dalam perut zakwan

next entri menu buka puasa hari ke-8
aku makan apa pulak yer?
jeng..jeng..jeng...
Ok cukup, dah, jom layan gambar pulak..
 
~ Nasi goreng ejat punyerrrr ~
  
 
~ Ayam goreng KFC ~ 
*aku goreng balik sebab nak makan panas-panas
itu pasallah rupa dia dah lain*

Thursday, June 6, 2013

Menu puasa ganti - 6th day



Assalamualaikum
haaaa nak tunjuk gambar makanan la tu ejat?
haha of course
apa lagi
jom layannnnn...... =)

~ ikan patin masak sambal + tomato ~

~ tumis buncis + tauhu ~

makan nasi panas-panas letak kicap
settle
erkkkkkk, Alhamdulillah untuk rezeki hari ini
esok punya menu?
tadaaaaaa!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
menu besok, besoklah
mana ada masak lagi
haha kan dah kena tipu
jangan marah haaaaa
daaaaa.....

Wednesday, June 5, 2013

jem oh jem....

Assalamualaikum
haaaiiiii, hehe...
post ni aku dah draft weekend lepas
ni baru nak publish
hihi..tak ada idea maaaa...
Ok..ok..nak cerita pasal jem masa aku balik kampung weekend hari tu
Fuhhhhhhh......
tension makcik tau
duduk dalam kereta sampai senget benget dah tudung
bukan ada accident ke hapa
sebab traffic light je kat pekan tanjung karang tu
bila kereta dah banyak, pastu traffic light on
memang berjela-jela lah kereta beratur
jem aku start sebelum stesen minyak BP lagi yang sebelah kanan tu
setengah jam lebih hokayyyy nak lepas pekan tu

sepatutnya bila peak hour
pihak bertanggungjawab kena pantau
mesti ada cctv kan untuk tengok keadaan lalulintas?
bila dah tengok jem, off kan traffic light ker
atau panjangkan masa untuk laluan jalan utama
ataupun hantar polis traffik untuk kawal lalulintas

Itu pandangan aku laaaa....
sebab setiap kali cuti sekolah atau ada perayaan
inilah masalah yang berlaku pada pengguna-pengguna jalanraya
yang akan melalui jalan kuala selangor-sabak bernam-teluk intan
bertahun dah rasanya aku hadap jem ni
asalnya mula-mula dulu 1 lane
masa zaman aku kat uitm, diorang tambah buat 2 lane untuk dua-dua side
tapi sekarang kereta dah makin banyak
hmmmmm, ntahlah
fikir-fikir kanlah yer.......
 
Ini lah luahan hati aku pasal jem yang tak berkesudahan ni
Oklah, pada yang berkenaan sila ambil perhatian dan buat sesuatu yer!
...........................

*Pic from google
Muka tension bila jem, haha!!!
daaaaaaa.....
 

Menu puasa ganti - 5th day

Assalamualaikum...
kabare? waras? hehe...
diharap semuanya sihat2 belaka

Alhamdulillah....
hari ini masuk hari ke-6 aku puasa ganti
syukur diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan kewajipan ini
insyaAllah akan diteruskan sampai Jumaat
doakan yer kawan2 ;-)

ok, ini menu semalam, puasa ganti hari ke-5
maaf, menu hari ke-4 tak snap
sebabnya, hari Isnin tu tersangat-sangat lah panas
Ya Allah, kering tekak dibuatnya
bila buka puasa tu bergelas-gelas aku minum air
hamboi, buruk perangai kau ejat, haha!
tak ingat apa dah, ingat nak makan dan minum jer
ok, layan jelah gambar-gambar makanan ejat yer..
Chill!

~ Air oren twister ~

~ Nasi goreng, telur mata dan hot dog bercheese ~

~ Kuih donat ~
...........................

Hari ni nak masak apa pulak ek?
jeng...jeng...jeng...
tungguuuu......=)

Saturday, June 1, 2013

Wadihana Islamic Steak House @5th anniversary + menu puasa ganti - 3rd day

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Syukur...syukur...syukur...
Ya Allah...
31.05.2008 until today genap 5 tahun usia perkahwinan kami
semoga kami berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
bagi membina ikatan suci ini dan akan terus kekal selama-lamanya hingga hujung nafas kami
juga dikurniakan lagi zuriat-zuriat yang soleh dan solehah
sebagai penyambung umat Nabi Muhammad S.A.W.
insyaAllah..Amin..

ok..ok..malam ni aku tak masak
encik enal belanja makan
wehuuuuuu!!!
kami makan di Islamic Steak House, Bangi
ok, jom layan gambar kami dan gambar makanan
check it out!

Pemilik blog yang dah lapar..

Kami dengan zakwan, akhir-akhir ni zakwan tak suka ambil gambar, kenapa ntah, layankan jela..

~Lamb Shoulder - RM 19.90~

 ~Grilled Chicken Chop - RM 19.90~

 ~Wild Mushroom Soup + Bun - RM 10.90~

 
~Chilled Cheese Cake - RM 12.90~

 ~Iced Lemon Tea - RM 5.90~ (Free refill)
~Fresh Carrot Juice - RM 5.90~

~Pelapik cawan - free..haha~
Plus gov. tax = 6%
Service charge = 10%
Total = kira sendiri yer,haha!

Kami sampai lebih kurang 8.15pm, tak penuh lagi masa tu
tapi lepas tu berpusu-pusu orang masuk, terus penuh
nasib baik datang awal
nak balik awal sebenarnya sebab nak layan VERSUS Final, hihi..
pukul 9.00pm dah siap makan
apa lagi, chow lah!

ok, siapa-siapa nak makan sini, dialu-alukan
makanan sedap dan dalam kuantiti yang banyak
servis pun bagus
yang penting sedia duit jer, hehe..

ok, thanks a lot encik enal
HAPPY 5th ANNIVERSARY
YOU ARE MY EVERYTHING!!!
........................