Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru - 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru...
Ucapan ini ditujukan khas untuk guru2 yang pernah mengajarku selama ini. Bermula dengan Tadika Islam Parit 1 Timur, Sek. Keb. Seri Makmur, Sek. Ren. Agama Ehyaul Falah, Sek. Men. Keb. Agama Simpang 5 dan UiTM Shah Alam. Jasa, bakti dan sumbangan yang dicurahkan oleh insan2 yang bergelar guru/pendidik/ustaz/ustazah/pensyarah dsb sungguh besar nilainya. Tidak lupa kepada abah aku Haji Md Suradi Bin Sidam juga seorang bekas guru (ustaz), kakak ku Siti Muniratullail yang berjaya mengikut jejak langkah abah menjadi seorang pendidik. Buat kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan juga tidak dilupakan. Guru ibarat lilin yang menerangi anak didiknya, tanpa ilmu yang dicurahkan, takkan lahirlah generasi yang berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Buat insan yang bergelar guru...
usah gentar, teruskan perjuangan
biarpun cabaran mendidik semakin hebat
selari dengan arus pembangunan dan teknologi yang semakin pesat
usah risau dan gusar, terus pandang ke hadapan
bagi mencorak dan membentuk jatidiri anak bangsa tercinta..

perghhhh puitis pulak petang2 ni,hehe..
happy reading..

SELAMAT HARI GURU!



Gambar : Credit to Google

No comments:

Post a Comment