Wednesday, May 15, 2013

kemunculan semula!

Assalamualaikum w.b.t..
lama sangat2 jari jemari ni tak menulis sesuatu dalam blog ni..
Alhamdulillah aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjadi khalifah di bumi Allah ini...

Last entry aku pada januari 2012, sekarang da mei 2013..setahun lebih tak jenguk ke sini..bz sangat2 kot..hehe xdelah biase2 jer..
tapiiiii kemunculan kali ni insyaAllah tak kan hilang2 da kot..hihi..

Buat pengetahuan semua, aku da tak keje sekarang..insyaAllah niat di hati untuk memulakan business online di samping menjadi fulltime blogger..boleh?hehe insyaAllah saya perlukan sokongan anda semua..yang penting niat kita kena ikhlas dan hendaklah sentiasa berusaha..aku percaya Allah sentiasa bersama hamba2Nya..ntahla lately ni hati aku kuat memikirkan sesuatu yang aku tak berapa pasti tapi insyaAllah dengan keyakinan yang ada, akan ku teruskan juga hasrat hati ini...insyaAllah..doakan saya yer..

blog ini akan menjadi diari terindah dalam hidup aku..dulu masa sekolah aku mmg rajin tulis diari..bile da tulis, akan sorok dalam almari belakang2 lipatan baju..takut kawan baca nanti..hehe..hari2 aku tulis diari..time tu sekolah menengah so sibuk dengan admire la konon tp pelajaran tetap tak dilupakan..bile nampak je admire lalu depan kelas, terserempak dekat kantin, mule la sengih perasan sorg2..balik sekolah kang tulis la dalam diari..haha kelakar betul mase tu bile diingat2kan balik..

sekarang masa da berlalu, teknolgi semakin canggih..nak tulis sesuatu kenangan, perjalanan kehidupan, boleh tulis secara maya..tp ade jugak kot zaman sekarang yg masih menulis diari dalam buku..ikut keselesaan masing2..yg penting kita seronok sbb dapat luah ape yang kita rase dan dapat share segala kegembiraan yang kita dapat..

da start menulis macam ni la, xmau berenti, semua nak cerita..hehe xpela pelan2..ade masa cerita kat next entry..cite hari ibu, hari guru, birthday zakwan, our 5th anniversary, hubby's birthday, aku nye birthday...haaaaaa see sabar2..akan ku coretkan semua kenangan itu satu persatu..moga ada yang sudi membaca di luar sana dan semoga segala yang tersurat dan tersirat di blog ini akan dapat dijadikan panduan dan manfaat kepada semua..insyaAllah..


No comments:

Post a Comment