Saturday, May 18, 2013

Happy 4th Birthday ~Ahmad Alauddin Zakwan~

18.05.2009
tarikh yang tidak akan aku lupakan sampai akhir hayat
tarikh keramat di mana aku telah menjadi seorang ibu
syukur Ya Allah, syukur Alhamdulillah di atas kurniaan ini
aku tahu, tidak semua insan di dunia ini dapat merasai pengalaman bergelar seorang ibu
walau sudah berkahwin berpuluh tahun tetapi masih tidak dikurniakan zuriat
aku mengerti, aku faham perasaan mereka....
bersabarlah..sesungguhnya anda semua insan2 terpilih
Allah hendak menguji sejauh mana kesabaran kalian
jangan putus berdoa dan terus berusaha
insyaAllah Allah akan perkenankan...

aisshhhh mode sedih plak..huhu..
mau hepi2 sebab hari ni birthday zakwan
AHMAD ALAUDDIN ZAKWAN BIN ZAINAL
~ketinggian agama dan cerdik pandai~
insyaAllah..kami sebagai ibubapa hanya mampu berdoa semoga zuriat kami dapat menjadi seorang anak yang soleh, bijak, mendengar kata, mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Islam..
Semoga zakwan terus membesar dengan sihat dan berjaya..

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur anakku
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada dia
Kau peliharalah dia, jauhkanlah dia dari segala penyakit, gangguan syaitan mahupun bencana
sesungguhnya kami masih dahagakan tawa manja dia
kami masih dahagakan kenakalannya
walaupun kadangkala menguji tahap kesabaran kami
tapi itu semua cukup menceriakan dan membahagiakan kami sekeluarga, Ya Allah...
Kau perkenankanlah doa kami Ya Allah
demi zuriat kami yang tercinta..

Selamat Hari Lahir Zakwan..
Ibu dan abah saaaaaayang sgt kat zakwan..
Mmmmuuahhhh!!!!


haaaa ni gmbr zakwan fresh from oven ibu..kepala agak lonjong sbb lama sgt nk kuar smpi pindah hospital..fuhhhh..
Para para sakura..haha..

Masa ni zakwan 4bulan..rasa nak geget2 je lengan dengan jari jemari dia tu..

and now..... dah 4 tahun.. cepat betul masa berlalu..
Ni gambar pagi jumaat before pegi sekolah..
baju raya tahun lepas..tiap2 jumaat mmg pakai baju melayu..
tahun ni tak tau lagi tema kaler aper..
sedang difikirkan..

nanti kita celebrate ek zakwan, tunggu abah main badminton..
tak balik2 lagi ni..huhu..
ok tata titi tutuuuu...

6 comments:

  1. happy birthday zakwan!!teringat celebrate birthday die masa potluck ari tu..tu 2thn kan?

    ReplyDelete
  2. aah...haaaa da leh bukak blog..kata lupe password..haha..hepi blogging..

    ReplyDelete
  3. hepi besday zakwan!!may Allah bless you!!..anyway...mak ko memang dh gigit2 tangan ko masa umur ko 4 bulan tuh..dan masa 3 bulan jgk...dan 2 bulan jgk...hum..yum yum!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq uncle bani..haha klu mak ko ni ari2 gigit anaknye ni da kire kes dera..feel free to follow my blog;-)tq..

      Delete
  4. Da besor ghupe nyer anak abah ni.. hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerla abah oi..hari2 tgk mmgla xperasan da besor nyer..tup2 da jadi anak bujang nnt..hehe..

      Delete