Wednesday, May 29, 2013

Diari Seorang Diplomat, Hikmah Yang Tersirat

Assalamualaikum..
lamanya tak bersiaran
disebabkan kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan

Alhamdulillah
saya sudah pun mendapatkan buku
DIARI SEORANG DIPLOMAT HIKMAH YANG TERSIRAT
anda boleh pergi ke link di bawah untuk mengetahui proses pembukuan buku ini

seterusnya bolehlah membaca kisah kehidupan pemilik blog ini yang pasti akan meruntun jiwa
setiap bait-bait katanya penuh makna yang tersurat dan tersirat
berusaha meneruskan hidup demi puteri-puteri tersayang
iaitu zuriat yang ditinggalkan oleh arwah suaminya


Aku dah lama jadi silent reader pada blog ni
macam biasa, bila blogwalking kita akan jumpa banyak blog
tapi bila kita baca satu-satu blog
kadang-kadang kita akan baca sahaja
macam angin lalu
tapi....
pertama kali aku baca blog ni
aku terus jatuh cinta
aku tak tahu kenapa
mungkin sebab aku juga sudah berkahwin dan mempunyai anak
tapi....
yang berbezanya aku dengan dia
aku masih mempunyai suami
sedangkan dia hidup tanpa suami di sisi......

aku betul-betul tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat dia
adakah aku cukup tabah untuk menjadi seperti dia?
aku tahu, hanya insan-insan terpilih yang akan diduga seperti ini
insyaAllah Mawar, walaupun kita tidak pernah bersua muka
percayalah akan ada sinar kebahagiaan dan kegembiraan dihujung perjalanan ini nanti 
Ya Allah, kau kuatkanlah dan cekalkanlah hati Mawar
dalam membesarkan Embun dan Kekwa
harta yang paling bernilai dan tiada galang gantinya daripada arwah Nafastari
........................

Di kesempatan ini,
aku berdoa dan bermohon padamu Ya Allah
Kau panjangkanlah umur suamiku
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada dia
Kau peliharalah dan jauhkanlah dia dari segala malapetaka bencana
sesungguhnya aku masih dahagakan kasih sayang dan belaian manja darinya
biarlah kami sehidup semati hingga hujung nyawa
Amin Ya Rabbal A'lamin....

No comments:

Post a Comment